PADA usia 16 tahun, pelakon Qistina Raisah mencatat pencapaian tersendiri apabila berjaya memiliki kereta pertamanya iaitu Toyota Yaris. Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari, 16, berkata, walaupun bukan kereta mewah namun dia tetapi bersyukur kerana sudah mampu membayar ansuran kenderaan tersebut menggunakan wangnya sendiri. "Walaupun bukan kereta mewah tetapi saya bersyukur dan bangga. Qistina bersyukur bapanya mempermudahkan urusan proses pembelian kereta. "Pada umur 16 tahun, saya boleh membayar kereta saya sendiri," katanya. Qistina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. Menerusi hantaran tersebut, Qistina memuat naik foto dan video dia menerima kenderaan tersebut bersempena ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 1 Disember ini. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dedah kisah sebenar pergaduhan... Kesal sikap biadab Qistina Raisah curah air ke muka Arnie Shasha ARTIKEL BERKAITAN: Sayu hati ibu tengok Qistina Raisah berterusan kena kecam, netizen asyik ungkit cerita lama Dalam pada itu, Qistina memberitahu bapanya iaitu Mohd Kamarolazri yang membantu proses pembelian kereta tersebut sebagai penghargaan atas usahanya dalam bidang seni. Katanya, bapanya itu bukanlah seorang yang menunjukkan kasih sayang melalui pemberian hadiah namun tahun ini dia membantu merialisasikan impiannya. "Baba bukan orang yang beli-beli hadiah untuk anaknya. "Tetapi tahun ini tidak sangka abah permudahkan urusan Qis untuk membeli kereta baharu," ujarnya. Qistina mampu membayar ansuran bulanan kereta baharunya. Sementara itu, Qistina berterima kasih kepada ibunya atas sokongan dan dorongan sepanjang perjalanannya dalam dunia seni. Baginya, kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa doa dan kepercayaan yang diberikan oleh kedua-dua orang tuanya. "Terima kasih ibu sentiasa sokong Qis," tulisnya. Difahamkan kereta berjenama Toyota Yaris itu berharga RM 92,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!