suria

Wanita mengaku sepupu Norreen Iman cuba ‘scam’ klinik haiwan - “Aku sendiri tak terfikir minta pampasan”

Noreen tak pernah terfikir mahukan pampasan.

PELAKON Norreen Iman kesal apabila mengetahui namanya digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan meminta pampasan melibatkan kehilangan haiwan peliharaan.

Menurut Norreen, 30, individu berkenaan mengaku sebagai sepupunya dan menuntut RM10,000 dari sebuah klinik veterinar di Kedah.

Katanya, individu tersebut memanipulasi cerita dengan memberitahu Norreen menerima pampasan sebanyak RM11,000 selepas kematian kucing tempoh hari.

noreen 5

Noreen terima mesej dan panggilan dari pihak hampir ditipu.

"Ada doktor dari Kedah beritahu saya dapat pampasan dari klinik haiwan kucing saya tempoh hari RM11,000 sebab ada orang mengaku sebagai sepupu dan dapat pampasan di klinik haiwan di Kuala Lumpur.

"Mungkin dia nak pampasan... kira ini cash scam," katanya.

Norreen berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa.

Dalam hantaran tersebut, Norreen turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama seorang doktor veterinar di Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar untuk dimandulkan, Noreen Iman meraung kucing kesayangan dipulangkan dalam keadaan tak bernyawa

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak peduli nama aku buruk!” - Norreen Iman hilang sabar, sanggup buat apa saja pertahan anak kena buli di sekolah

Kata Norreen, dia bagaimanapun sudah reda dengan pemergian haiwan peliharaannya itu memandangkan mempunyai dua ekor kucing lain.

Malah menganggap perkara ini sebagai fitnah yang memburukkan nama baiknya.

"Aku sendiri tak terfikir macam itu dan bila masa pula aku minta. Kalau ikutkan aku sudah reda.

Agak biadab untuk dia menggunakan nama aku.

NORREEN IMAN

PELAKON

"Ada rindu-rindu kucing yang sudah tiada itu tapi kepada Cik Siti (gelaran penipu) tak payah nak tambah masalah dan fitnah dengan cakap aku dapat pampasan.

"Sejujurnya itu fitnah dan aku tiada kena mengena dengan dia. Agak biadab untuk dia menggunakan nama aku," ujarnya.

Lebih mengelirukan lagi apabila haiwan peliharaan individu tersebut bukannya mati sebaliknya melarikan diri pada September lalu.

noreen 3

Kucing Noreen dipulangkan dalam keadaan tidak bernyawa.

"Kucing dia lari bulan September... kucing aku mati. Sangat tak ada kena mengena.

"Aku sendiri tak terfikir nak minta pampasan dan tak gembira pun kalau dapat pakai duit kucing mati," jelasnya.

Sebelum ini, Norreen memberitahu dia kehilangan haiwan peliharaannya selepas menghantar kucing tersebut ke klinik untuk dimandulkan namun dipulangkan dalam keadaan tidak bernyawa lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain