DIKALA rumah tangga diambang penceraian, pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan bertemu anak-anaknya. Kata Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, dia bakal berjumpa mereka bagi menyambut ulang tahun kelahiran puterinya iaitu Nur Aurora yang kesembilan hari ini (Rabu). “Buat masa sekarang saya tidak ada masalah untuk jumpa anak-anak. Anak juga dalam keadaan baik. Farid ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu. “Sebenarnya hari ini saya akan jemput anak dekat sekolah untuk sambut ulang tahun kelahiran Aurora. “Hari kelahiran anak saya yang paling cantik. Dia juga ada minta hadiah paling mahal iaitu saya,” katanya kepada mStar. Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa prosiding pengesahan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Rujuk Farid Kamil dan Diana Danielle sah, kes cerai disebut semula 2 Disember ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle mahu cari nasi lemak, Farid Kamil hadir pakai songkok dengan lilitan putih ke mahkamah Farid ketika ditanya mengenai penampilannya berbaju putih dan songkok dililit reben putih bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya. Pada prosiding berkenaan, mahkamah mengesahkan rujuk yang dbuat Farid terhadap Diana pada 31 Ogos tahun lalu. Mahkamah kemudian menetapkan 2 Disember ini bagi proses penceraian difaikan Diana terhadap Farid dengan membawa sijil rujuk serta dokumen lain berkaitan. Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu akan memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk. Bagaimanapun, Farid menjelaskan rumah tangga mereka dalam keadaan baik dan hanya berlaku salah faham kecil dan mereka masih berhubung seperti biasa. Farid dan Diana masih lagi sah sebagai suami isteri. Diana bagaimanapun menafikan perkara itu malah menegaskan sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp. Untuk rekod, Farid dan Diana bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube