suria

Fattah Amin dah ada kerja tetap, jadi ketua eksekutif pemasaran bisnes makanan

Fattah bertanggungjawab merancang strategi pemasaran jenama tersebut.

REZEKI semakin mencurah-curah, pelakon Fattah Amin kini mempunyai pekerjaan tetap apabila dilantik sebagai Ketua Esekutif Pemasaran sebuah syarikat makanan.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, diberi tanggungjawab merancang strategi jualan melalui platform media sosial.

2978842

Fattah sebelum ini terlibat mempromosikan jenama berkenaan.

"Saya berharap pelantikan ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dan merangka strategi jualan yang relevan melalui media massa dan media sosial.

"Saya harap Fattah mampu pikul amanah jawatan dengan penuh cemerlang. See you at work," kata wakil jenama berkenaan menerusi satu kenyataan di Instagram pada Rabu.

Sebelum ini, Fattah pernah muncul mempromosikan jenama berkenaan dalam sebuah iklan yang ditayangkan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya hati Fattah Amin, tak ambil komisen jualan kambing perap minta infak golongan memerlukan

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar ‘duda hot’, Fattah Amin terharu ramai bagi sokongan... Mahu fokus karier dan anak

Bukan hanya bercakap tentang produk tersebut malah dia juga turut bekerja melayan pelanggan yang hadir ketika menjalani penggambaran.

Hasil komisen penglibatannya dalam mempromosikan jenama tersebut juga turut disumbangkan kepada golongan memerlukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain