PERSONALITI media sosial dan model Hakimi Noordin menyangkal dakwaan sengaja menayang badan sasa setiap kali selesai melakukan aktiviti larian sebagai salah satu cara menaikkan nama komuniti Challo Run disertainya. Hakimi, 24, sebaliknya sudah terbiasa sejak dibangku sekolah akan membuka baju selepas aktiviti sukan kerana berasa panas. “Persepsi masing-masing, tiada pula ada arahan datang ramai-ramai waktu lari nanti kena buka baju untuk tunjuk kat semua orang. “Ikut diri sendiri nak lari buka baju atau tidak, tambah pula sudah jadi kebiasaan untuk saya selepas bersukan akan buka baju sebab panas. Hakimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Selasa. “Mungkin netizen tak dapat terima sebab kami buat perkara macam itu secara umum tapi kami cuba belajar daripada kesilapan,” katanya kepada mStar. Hakimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Who’s Your Bro di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada petang Selasa. Bercerita lanjut, Hakimi berkata, dia bangga dan tiada masalah mempamerkan tubuh sasanya pada umum kerana untuk mencapai perkara itu bukan mudah. Malah model itu juga mahu menunjukkan tidak mustahil untuk seseorang miliki badan berotot jika mereka berusaha keras. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ikmal Amry tak ‘judge’ selebriti lelaki tayang badan di media sosial... “Biasalah budak-budak bila ada body” ARTIKEL BERKAITAN: Tayang badan dalam drama, Mierul Aiman sanggup buka baju kerana tuntutan skrip “Enam tahun saya berusaha keras dapatkan badan berotot dan boleh dikatakan saya bangga dengan apa saya miliki sekarang. “Mungkin netizen tak boleh terima sebab setiap orang ada pendapat berbeza... Daripada sudut positif saya mahu tunjukkan macam mana saya boleh capai berat badan 60 kilogram ke 74 kilogram. Jika saya boleh kenapa mereka di luar sana tak boleh?,” ujarnya. Bercerita mengenai Challo Run, Hakimi menjelaskan ia adalah sebuah komuniti bagi menggalakkan gaya hidup sihat dengan sukan berlari. Walaupun ada segelintir pihak mengecam usaha tersebut, Hakimi berkata mereka menerima perkara itu dengan hati terbuka dan akan memperbaiki sebarang kekurangan pada masa depan. Challo Run untuk membina komuniti yang sihat dan tiada pula kami minta lakukan perkara tak berfaedah seperti berjoget dan sebagainya. HAKIMI NOORDIN PERSONALITI MEDIA SOSIAL/MODEL “Challo Run untuk membina komuniti yang sihat dan tiada pula kami minta lakukan perkara tak berfaedah seperti berjoget dan sebagainya. “Masing-masing ada pendapat sendiri, begitu juga saya tapi perkara itu saya ambil positif sebab pemikiran orang pun berbeza-beza. “Tak boleh nak puaskan hati semua orang, apa yang saya buat hanya puaskan hati sendiri sahaja,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Hakimi merupakan salah seorang daripada 12 peserta yang bertanding bagi program realiti Who’s Your Bro. Program Who's Your Bro bakal menemui penonton bermula 29 November ini. Rancangan berkonsepkan tugasan secara duo itu bakal memperlihatkan setiap pasangan diuji melalui cabaran fizikal dan mental. Ia bagi menguji daya tahan, kecerdasan dan kerjasama peserta bagi merebut wang kemenangan berjumlah RM30,000. Rancangan ini juga turut mempunyai empat orang pengulas yang terdiri daripada Hariz Hamdan, Siti Khadijah Halim, Dr. Say Shazril dan Mat Redho. Program tersebut akan menemui penonton di saluran Astro Ria bermula 29 November depan jam 9 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!