PELAKON dan pengarah Indonesia Baim Wong tidak membaca sebarang komen di media sosial termasuk isu berkaitan rumah tanggannya dengan isteri iaitu Paula Verheoven yang sedang hangat diperkatakan. Mengakui dia seorang yang sensitif, Baim atau Muhammad Ibrahim, 43, tidak mahu komen negatif yang dilemparkan menganggu fikirannya. Akan tetapi Baim tidak pula mengambil hati atau marah apabila pelbagai tuduhan dan tohmahan dibuat terhadapnya. Baim tidak mahu komen negatif menggangu fikirannya. "Ada yang perlu dibaca dan ada tidak. Saya ini seorang yang sensitif. Jika terbaca akan membuatkan saya terfikir tentangnya. Jadi lebih baik tak baca. "Saya juga tidak mahu salahkan orang lain. Jangan simpan dendam terhadap orang yang bercakap," katanya kepada mStar. Baim berkongsi perkara itu ketika hadir ke majlis tayangan perdana filem pertama arahannya berjudul Lembayung yang berlangsung di GSC Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada malam Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Sukar berdepan isu penceraian, Paula tetap bersyukur bertemu jodoh dengan Baim Wong... Mula jaga solat dan belajar agama ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong menyesal dedah aib isteri, salahkan diri gagal jadi suami Kisah perkahwinan Baim mula menjadi bualan hangat selepas dia memfailkan cerai terhadap Paula pada 7 Oktober lalu. Biarpun kes penceraian mereka sedang dalam perbicaraan namun Baim memberitahu dia Paula masih berhubung seperti biasa. Malah pelakon ini juga memohon doa orang ramai apabila ditanya kemungkinan kedua-dua mereka akan membatalkan hasrat untuk bercerai. Saya ini seorang yang sensitif. Jika terbaca akan membuatkan saya terfikir tentangnya. BAIM WONG PELAKON/PENGARAH "Kami masih berhubung. Sekarang ini juga dia masih hantar WhatsApp. "Doakan sahaja untuk kami," ujarnya ringkas. Tenang berdepan ujian rumah tangga, bagi Baim kejujuran adalah kunci utama yang bakal menentukan apa akan terjadi di antara mereka berdua. Kes penceraian Baim dan Paula kini dalam proses perbicaraan mahkamah. Dia juga amat berbangga melihat penampilan Paula yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem arahannya itu. "Kekuatan saya adalah berdamai dengan diri sendiri. Doakan yang baik-baik untuk keluarga saya. Kalau sudah jujur saya terima apa sahaja. "Saya tiada masalah melihat lakonan Paula. Dia yang minta untuk berlakon dalam filem ini," jelasnya. Anna tampil sebagai watak utama dalam filem arahan Baim. Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo, 2 tahun. Filem Lambayung turut menampilkan pelakon Anna Jobling sebagai salah satu watak utama yang memegang watak Tantri dan bakal memulakan tayangan di Malaysia pada 5 Disember. Selain Anna pelakon lain yang terlibat adalah Arya Saloka, Taskya Namya, Yasamin Jasem, dan Oka Antara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!