POLIS menahan enam individu termasuk seorang anak penyanyi selepas disyaki terlibat dalam kes mencuri sebuah kenderaan mewah jenis Ferrari di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Klang, Selangor pada 17 November lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kereta milik seorang ahli perniagaan berusia 50-an itu dipercayai meninggalkan kenderaan tersebut di premis berkenaan sebelum dilaporkan hilang. Katanya, pemilik sebelum itu meminta pekerjanya untuk mencuci Ferrari miliknya di pusat mencuci kereta berkenaan. Kereta Ferrari yang dilaporkan hilang sejak 17 November lalu. Dalam pada itu, Hussein berkata, hasil ujian air kencing juga mendapati salah seorang daripada suspek yang berusia di antara 23 hingga 40 tahun itu positif dadah. Kesemua suspek ditahan di antara 17 November sehingga 25 November di sekitar Ampang Jaya, Kajang, Taman Tunku Kuala Lumpur dan Jeli, Kelantan. Hussein berkata, dalam serbuan tersebut mereka turut menemui kereta Ferrari berkenaan bersama tiga lagi kereta lain jenis BMW X5 dan Naza Suria. Turut dirampas alat kawalan jauh kereta jenis berlogo BMW, Honda dan Toyota, serta kad akses unit kediaman. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baim Wong masih berhubung dengan isteri, kejujuran ‘kunci’ hala tuju rumah tangga dengan Paula Verheoven ARTIKEL BERKAITAN: 20,000 hadir ke Festival Muzik Futureland di Stadium Merdeka, bakal jadi acara tahunan "Seorang wanita tempatan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut 379 Kanun Keseksaan. "Seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah dan ujian dadah ke atasnya mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lain tiada rekod lampau. "Pada masa ini pihaknya masih meneruskan usaha mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!