PELAWAK dan usahawan Shuib sudah memperoleh beberapa maklumat peribadi seorang pengguna TikTok yang melemparkan pelbagai tuduhan jahat terhadapnya dan isteri. Shuib atau Shahmira Muhammad, 40, berkata, dia juga sudah mendapat alamat terkini lelaki terbabit dikenali sebagai CEO Heelmie walaupun dia dikatakan sering berpindah-randah. "Alamat dan nombor telefon dia saya sudah ada. Ada orang cakap dia suka berpindah-randah. Dah macam gelandangan pula, kata diri CEO. Shuib berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok. "Saya tahu juga lokasi terkini dia duduk dekat mana," katanya. Shuib berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di laman TikTok miliknya. Dalam nada sinis, Shuib berharap individu berkenaan mampu tidur nyenyak sebelum dia diheret ke muka pengadilan. "Jadi saya harap CEO Heelmie mungkin boleh tidur dengan nyenyak. Insya-Allah jangan risau," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: TikToker minta Shuib cari isteri lain, Watie hanya mampu mengucap dituduh punca suami berubah ARTIKEL BERKAITAN: Sedia bertentang mata, Shuib anggap TikToker kutuk dirinya sebagai penakut - “DM pun tak berani balas” Sebelum ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai CEO Heelmie memuat naik video menuduh isteri kepada Shuib iaitu Watie menjadi punca pelawak itu berubah sikap. Malah secara sinis dia meminta Shuib mencari pengganti isterinya dengan wanita lebih solehah. Lelaki sama juga pernah mendakwa pelawak itu menggunakan wang syarika untuk mengerjakan umrah di Makkah. Susulan Shuib mahu bersemuka dengannya, lelaki tersebut sebaliknya meminta pelawak itu menyelesaikan masalah dengan pekerjanya sebelum cuba menjejakinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!