suria

Keputusan dibuat pekerja, Vida persoal tiada waran masuk kediaman sita aset dalam rumahnya

Vida bersuara mahu bersihkan namanya.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida mendakwa plaintif dalam kes penyitaan aset miliknya tidak mempunyai waran memasuki kediamannya di Meru Ipoh, Perak pada Isnin lalu.

Vida atau Hasmiza Othman, 53, berkata, plaintif iaitu Mohammad Taufik Kamarul memasuki kediamannya selepas dibenarkan oleh pekerjanya tanpa pengetahuan Vida sendiri.

Jelas Vida, ketika itu pekerjanya tidak dapat menghubunginya kerana dia dalam penerbangan ke luar negara.

Perkerja Vida beri kerjasama dengan baik.

Pekerja Vida beri kerjasama dengan baik.

"Saya hanya mengetahui penghakiman ex parte (sebelah pihak) pada hari aset saya disita.

"Pekerja tidak dapat menghubungi saya sebab saya dalam penerbangan jadi mereka buat keputusan sendiri. Saya kemudiannya dimaklumkan mengenai penyitaan tersebut.

"Sepatutnya ada dokumen lain, rampasan aset ada (dokumen) tetapi tiada dokumen membenarkan plaintif masuk ke dalam rumah," jelasnya.

Vida berkongsi perkara itu semasa membuat siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 jam sita di rumah Datuk Vida... Pasu bunga, TV dan sofa antara barangan bakal dilelong

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Barang rumah Datuk Vida termasuk 4 kereta mewah bakal dilelong, tak bayar hutang lebih RM1 juta

Isnin lalu, mStar melaporkan beberapa aset di banglo milik Vida disita kerana gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM 1,060,285, pada tahun 2018.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman pada 29 Oktober tahun lalu yang memerintahkan Vida menyelesaikan hutang itu dan jika gagal berbuat demikian writ rampasan dan penjualan kemudiannya akan dikeluarkan.

Syarikat itu dikatakan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian bangunan pejabat selebriti itu, Vida All Star Studio bertempat di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.

Semasa proses sitaan, peguam mewakili plaintif iaitu Samir Zainal memaklumkan pihaknya menyita empat buah kereta mewah iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

Peguam dan wakil syarikat berunding di depan rumah Vida.

Peguam dan wakil syarikat berunding di depan rumah Vida.

Selain itu, televisyen jenama Samsung bersaiz 100 inci, televisyen Samsung 85 inci, permainan konsol, set alat muzik, sofa sebanyak 10 unit dan piano berjenama Kawai turut disita.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyitalapan unit almari pakaian, 30 unit pasu bunga, 15 unit penghawa dingin, lukisan eksklusif sebanyak enam unit dan lampu hiasan chandelier.

Kesemua barangan itu tidak dibenarkan dibawa keluar dan jika hutang tersebut tidak dijelaskan, satu acara lelongan akan diadakan iaitu pada 9 Disember depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain