PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun berpendapat kandungan di media sosial yang sensitif seperti lelaki menyerupai wanita tidak sepatutnya dibawa ke dalam kehidupan sebenar. Hafiz atau Muhammad Hafiz Hamidun, 40, berkata, apa lebih membimbangkan kandungan sedemikian semakin banyak dihasilkan sehingga ramai melihatnya sebagai satu bentuk hiburan. Namun penyanyi itu menekankan individu yang menghasilkan kandungan seperti itu perlu bersedia menerima akibat dan bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Hafiz ditemui ketika sidang media pelacara album. “Apa yang saya perhatikan sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini terutamanya di Tiktok, masyarakat terima sahaja siapa kita. “Sama ada hendak jadi lembut, tukar perwatakan ke, pakai tudung atau tidak termasuk menggunakan ‘filter’ jantina berlawanan masyarakat menerima. Tetapi hakikatnya, masyarakat kita suka sebagai hiburan sahaja. “Bagaimanapun untuk membawa hiburan sebegitu ke dunia luar dan mahu tampil sebagai penghibur ‘mainstream’ masyarakat kita belum menerima. Jadi tanggunglah akibatnya,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 7 tahun kontroversi cerai berlalu tapi Hafiz Hamidun tak fobia untuk kahwin lagi ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih wanita Indonesia meninggal dunia akibat Covid-19, Hafiz Hamidun belum putus asa cari jodoh Hafiz berkongsi perkara itu semasa sesi pra-pelancaran album terbaharunya Haramain di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. Dalam pada itu, Hafiz memberitahu walaupun kandungan tersebut diterima masyarakat sebagai hiburan, ia tetap dianggap negatif oleh segelintir pihak. Komposer itu turut mengingatkan agar tidak menyalahkan netizen apabila dikecam susulan tindakan kandungan yang kurang menyenangkan. Jangan salahkan netizen kalau dikecam HAFIZ HAMIDUN PENYANYI/KOMPOSER “Walaupun orang ramai suka dengan kandungan sebegitu sehingga dapat komen bertalu-talu yang membuatkan mereka hendak buat lagi, perkara itu tetap perlu ditanggung. “Tetapi sebaik kita bawa perwatakan itu ke dunia luar, masyarakat kita tak terima. Masyarakat kita masih ada sensitiviti. Kota Makkah dan Madinah menjadi inspirasi album Haramain. “Saya tak mahu menilai sesuatu kandungan di media sosial itu baik atau tidak, tapi mereka perlu menanggung sendiri. Jangan salahkan netizen kalau dikecam,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Hafiz melancarkan album terbaharunya berjudul ‘Haramain’ yang mengandungi 10 buah lagu. Album ini diinspirasikan dari perjalanan spiritualnya ke dua kota terpenting bagi umat Islam iaitu Makkah dan Madinah sebelum ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!