suria

[V] Rashidi Ishak bukan kritik tapi pandangan ikhlas, anggap Fazura bertuah dapat lebar sayap ke Indonesia

SUSULAN memberikan kritikan terhadap nyanyian Fazura, pelakon Rashidi Ishak sekadar menegur dan berkongsi pandangan sebagai rakan artis.

Rashidi, 51, berkata, dia tidak berniat untuk mengkritik aktres berkenaan kerana memahami aktres berkenaan kurang berpengalaman dalam membuat persembahan nyanyian secara langsung.

"Perkara itu hanya pandangan ikhlas dari saya. Tak dinafikan suara Fazura memang sedap sebagai seorang penyanyi pop, cuma klip yang tular jelas nampak nyanyian dia sedikit lari (pitching).

Rashidi sekadar berkongsi pandangan peribadi terhadap nyanyian Fazura.

"Kalau kita lihat, untuk penyanyi yang berlatih setiap hari dan sering membuat persembahan, masalah pitching jarang berlaku kepada mereka.

"Fazura mungkin kekurangan pengalaman menyanyi secara live. Mana ada penyanyi yang lahir-lahir terus bagus, semua perlu berlatih dan dipelajari," katanya kepada mStar.

Rashidi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tiga buah drama iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rashidi Ishak komen nyanyian Fazura, cadang pengurus cari guru vokal... “Dia tone deaf”

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘live’ Fazura kena kecam, Abby Abadi pula kata okay!

Dalam pada itu, Rashidi turut menganggap Fazura bertuah kerana mendapat peluang membuat persembahan dan melebarkan sayap di Indonesia.

Kata Rashidi, luahan yang dimuat naik di aplikasi Thread itu sekadar pandangan peribadi seperti yang biasa dilakukan oleh pengguna media sosial lain.

"Saya hanya menulis di Thread hanya berkongsi pendapat sahaja. Sama seperti pengguna media sosial lain, mereka akan meluahkan apa mereka rasa di platform tersebut.

553 (21)

Nyanyian Fazura ketika muncul dalam sebuah acara sebelum ini mendapat kritikan ramai.

"Fazura secara tidak langsung bawa nama Malaysia ke luar negara, susah peluang sebegitu untuk melebarkan sayap ke Indonesia," ujarnya.

Sebelum ini, nyanyian secara langsung Fazura menyampaikan lagu Bertahan Demi Cinta ketika tampil dalam sebuah program di Jakarta, Indonesia menjadi bahan jenaka dan kritikan pelbagai pihak.

Rashidi turut terpanggil untuk menulis komen mengenai persembahan aktres berkenaan di aplikasi Thread miliknya.

Aktor drama Kampung People ini bagaimanapun mencadangkan pengurus Fazura mencarikan guru vokal bagi membantu nyanyian bekas isteri pelakon Fattah Amin itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain