suria

Erysha Emyra tak halang Noniswara kahwin lagi, faham keadaan ibu sedang sunyi

Erysha tidak menghalang sekiranya Noniswara (tengah) ingin bernikah lagi.

PELAKON Erysha Emyra tidak pernah menghalang ibunya iaitu aktres Datin Seri Noniswara kembali mendirikan rumah tangga selepas kematian suami setahun lalu.

Kata Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, dia dan adik-beradik yang lain tidak keberatan menerima kehadiran bapa tiri baharu asalkan lelaki berkenaan boleh menjaga ibu mereka dengan baik.

"Kami adik-beradik tidak menghalang sekiranya ibu mahu mendirikan rumah tangga semula.

erysha1 - 1

Erysha memahami perasaan Noniswara (kanan) selepas pemergian suami.

"Kalau memang betul ada jodoh dia yang datang melamar dan mahu menjaganya, siapa kita untuk menolak jodoh.

"Cuma mungkin sebagai anak kami mahu berjumpa terlebih dahulu dengan siapa ibu berkawan dan barulah kami bersetuju," katanya kepada mStar.

Erysha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tiga buah drama iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Noniswara dapat banyak lamaran lelaki, belum terbuka hati berkahwin semula

ARTIKEL BERKAITAN: Noniswara baru habis idah, Erysha Emyra kongsi keadaan ibu selepas pemergian bapa tiri

Dalam pada itu, Erysha memberitahu dia sebenarnya tidak mahu ikut campur urusan peribadi Noniswara namun dia tempat ibunya mengadu jika berasa sunyi.

Erysha bagaimanapun memberitahu keadaan ibunya semakin baik malah cuba mengalihkan perhatian dengan melakukan pelbagai perkara bagi mengelak rasa sunyi.

Kalau memang betul ada jodoh dia yang datang melamar dan mahu menjaganya, siapa kita untuk menolak.

ERYSHA EMYRA

PELAKON

"Saya tahu dia masih bersedih, kadang-kadang ada juga juga dia telefon anak-anak.

"Saya tahu dia agak kesunyian kerana dulu dia banyak masa bersama bapa tiri.

"Sekarang dia cuba sibukkan diri dengan habiskan masa bersama anak-anak dan kawan-kawan," ujarnya.

erysha2 - 1

Erysha terbuka untuk menerima pilihan Noniswara.

Sebelum ini, Noniswara memberitahu dia belum terbuka hati untuk berkahwin semula walaupun menerima banyak lamaran daripada lelaki.

Noniswara bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu bercakap takbur kerana bimbang satu hari nanti hatinya terbuka untuk berkahwin lagi.

Pada 1 Oktober tahun lalu, suami Noniswara iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad menghembuskan nafas terakhir akibat strok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain