suria

Malas isi minyak punya fasal, Dynas Mokhtar tersadai tepi jalan... Nasib baik suami datang walau kena bebel

Dynas tenang hadapi situasi cemas.

PELAKON Dynas Mokhtar terkandas di tepi jalan bersama dua orang anaknya selepas kereta dipandunya kehabisan minyak.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, berkata, ketika kejadian dia memandu kereta milik syarikatnya iaitu sebuah Proton Perdana dan tidak dapat mengagak ketahanan minyak walaupun sedar ia sudah berada paras rendah.

"Inilah masalah bila kita tak pakai kereta sendiri tapi kenderaan syarikat. Kita sangka minyak masih mampu pergi jauh.

dynas 2

Dynas bersama anak-anak duduk di dalam kereta.

"Sekarang ini kereta tak ada minyak, terkandas di tepi jalan. Bangang juga aku ini," katanya.

Dynas berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan anak-anaknya tenang menemaninya di dalam kereta.

Dalam video tersebut dapat dilihat polis bantuan cuba menghulurkan bantuan sebelum suaminya iaitu Mohamad Shazrik Che Din datang membawa botol berisi petrol.

Bercerita lanjut, Dynas memberitahu suaminya sudah berpesan mengisi minyak namun dia tidak mengendahkan pesanan itu kerana malas ke stesen petrol.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit dalam akaun Dynas Mokhtar lesap, kesan transaksi nilai mata wang asing

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketentuan Ilahi, Alhamdulillah”... Dynas Mohktar selamat bersalin anak perempuan

"Suami saya bising sebab dia sudah pesan isi minyak tapi saya lupa. Macam mana? Dia nak datang hantar bantuan mesti kena marah," ujarnya.

Dynas memberitahu dia pernah berdepan pengalaman sama ketika memandu kereta pertamanya iaitu Proton Waja namun insiden sama tidak berlaku apabila dia menukar kenderaan jenama luar negara.

Malah Dynas sempat berseloroh dia dan kereta jenama Malaysia tidak serasi bersama.

"Tak tahulah ini masalah perempuan atau Dynas Mokhtar yang malas nak isi minyak.

dynas 3

Suami datang bersama minyak sebagai bantuan.

"Kali terakhir saya kena macam ini masa memandu Proton Waja, kereta pertama saya. Memang selalu kena sebab tak isi minyak.

"Selepas itu saya tukar kereta lain tak pernah pula kena. Sekarang pandu proton terjadi lagi.

"Dynas mungkin tidak ditakdirkan pakai Proton. Mungkin kena tukar Perodua mungkin tak berlaku," selorohnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain