JARANG berkongsi hal peribadi di media sosial, pelakon Redza Rosli bukan mahu menjaga eksklusif diri sebaliknya lebih gemarkan privasi. Redza atau Ahmad Redza Rosli, 32, merasakan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian tidak perlu dipaparkan kepada umum sebaliknya cukup untuk pengetahuan sendiri. "Saya tidak rasa diri ini eksklusif cuma media sosial saya memang kebanyakannya hanya tentang kerja sahaja. "Saya tidak gemar berkongsi hal peribadi. Biarlah perkara itu saya simpan sendiri sahaja," katanya kepada mStar. Redza tahu menjaga batas dalam perkongsian di sosial media. Redza berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod ke-17 drama Di Hatiku Ada Kamu yang berlangsung di Petaling Jaya pada malam Rabu. Dalam pada itu, Redza percaya peminat memahami pendirian dibuat apabila memilih tidak berkongsi perihal peribadi di media sosial. Malah katanya peminat zaman sekarang juga semakin terbuka dan memahami apabila seseorang artis menjaga privasi mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Dah jadi suami, Redza Rosli jaga batas dalam lakonan... Enggan berlebihan tayang kebahagiaan takut orang meluat ARTIKEL BERKAITAN: ‘Di Hatiku Ada Kamu’ makin buat penonton emosi, ramai tak sabar tunggu pengakhiran kisah Adif dan Rian "Peminat sudah cukup bijak dan profesional untuk menilai... Walaupun jarang kongsi kisah peribadi tapi mereka tetap menyokong. "Malah ada yang sanggup datang dari jauh jika ada acara membabitkan artis kegemaran mereka," katanya. Bercakap mengenai Di Hatiku Ada Kamu, Redza ada rasa bimbang dengan reaksi penonton memandangkan bahagian pertama drama tersebut mendapat sambutan luar biasa. Saya tidak suka berkongsi kisah peribadi. Biarlah perkara itu saya simpan sendiri sahaja. REDZA ROSLI PELAKON Bagaimanapun Redza lega apabila wataknya sebagai Adif menjadi apabila ramai dalam kalangan penonton membencinya disebabkan drama tersebut. "Apabila mendapat komen tentang watak, saya bersyukur kerana lakonan saya sampai ke hati penonton. "Watak tersebut bukanlah jahat tetapi dia perlu begitu disebabkan dendam. Watak Adif menimbulkan pelbagai emosi dalam kalangan penonton. "Apabila orang mula bercakap saya rasa perlu beri lebih baik lagi. Saya perlu bijak mengatur untuk bermain dengan hati penonton," jelasnya. Drama arahan Azri Izhar itu turut menampilkan Hannah Delisha sebagai pelakon utama yang memegang watak Rian Aulia. Bahagian kedua Di Hatiku Ada Kamu sedang ditayangkan di platform penstriman Viu pad setiap hari Khamis hingga Sabtu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!