PELAKON Lan Zailan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur sejak Rabu lalu akibat masalah batuk berpanjangan. Isterinya iaitu Ruby Sara Omar, 51, berkata, keadaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali di bawa ke klinik sejak Oktober lalu. Malah keadaan Lan atau Zailan Kamaruddin, 66, semakin lemah sejak seminggu lalu sehingga terpaksa menerima rawatan segera di hospital. Isteri bimbang lihat keadaan Lan lemah. "Abang Lan batuk sejak tiga minggu lepas. Sudah bawa ke klinik tapi masih sama. Jadi doktor sarankan untuk bawa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. "Sebelum ini Abang Lan tak ditahan di wad disebabkan hasil pemeriksaan jantung dalam keadaan baik. "Tapi bila keadaan makin teruk saya dan anak-anak sepakat untuk bawa ke PPUM," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Jual kereta bukan sebab tiada ‘job’, Lan Zailan nak beli MPV... Bengang netizen tuduh anak tak ambil peduli ARTIKEL BERKAITAN: Artis pun tahu bab agama, Lan Zailan tegur netizen pandang rendah kerjaya pelakon... “Jangan asyik nak bantai” Berkongsi lebih lanjut, Ruby berkata doktor masih lagi tidak dapat memastikan keadaan suaminya memandangkan terdapat beberapa pemeriksaan lain perlu dilakukan. Namun pemeriksaan awal mendapati terdapat kuman dalam paru-paru sehingga membuatkan berat badannya turun dengan mendadak. Lan bersama isterinya Ruby. "Doktor masih tak dapat pastikan kuman yang ada dalam paru-paru boleh jadi sebab tibi atau kanser. Pemeriksaan kali ini pun baru dapat tahu dia ada diabetes. "Perut Abang Lan pun macam ada bengkak tapi tak dapat dipastikan lagi sama ada terdapat masalah pada hati atau usus. "Dia pun tak boleh tidur malam dan berat badan dia susut. Tak sampai sebulan turun sebanyak enam kilogram, mendadak sangat," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!