PELAKON Mira Filzah tidak terbawa-bawa dengan watak isteri teraniaya dalam drama Curang Tanpa Niat dengan kehidupan realiti. Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata, perihal peribadi dan lakonan adalah dua perkara berbeza walaupun apa dipaparkan dalam drama tersebut banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Tidak berasa bimbang dengan apa dipaparkan, Mira sebaliknya menjelaskan kepercayaan terhadap pasangan kunci dalam mengecap kebahagiaan. Mira dan Emir sudah mendirikan rumah tangga selama empat tahun. "Saya memang percaya dengan suami dan meletakkan kepercayaan kepadanya. Apabila berlakon watak isteri dicurangi ada juga rasa takut tetapi peribadi dan lakonan adalah dua perkara berbeza. "Dalam perkahwinan saya tidak mencampur-adukkan soal kerjaya dan hal peribadi. "Jadi tak timbul rasa kurang selesa dalam diri selepas saya melakonkan watak isteri dicurangi suami," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Mira berkata, suaminya iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar memahami dan sentiasa menyokong kariernya sebagai pelakon. ARTIKEL BERKAITAN: Dalam drama ada watak penyondol... Mira Filzah tak bimbang, anggap kerjaya lakonan itu ibadah ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nikmat dapat solat tahajud di Masjidil Haram, umrah Mira Filzah bertambah manis bersama suami dan anak Kata Mira, apa lebih mustahak adalah komunikasi di antara pasangan dalam menjaga keharmonian rumah tangga. "Suami tahu saya berlakon drama ini dan dia pun banyak beri sokongan. Apa paling penting adalah komunikasi bagi mengelak sebarang salah faham," jelasnya. Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan Emir pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir, 2 tahun. Drama Curang Tanpa Niat yang akan disiarkan di saluran Astro Ria bermula 23 Disember ini. Mira membawakan watak isteri yang dicurangi dalam drama 'Curang Tanpa Niat'. Curang Tanpa Niat memaparkan keharmonian sebuah keluarga yang retak kerana si suami mempunyai 'office wife' di pejabatnya. Elina (Mira) terpaksa berdepan dengan dilema sama ada mahu mempertahankan rumah tangga mereka ataupun tidak. Selain Mira, drama ini turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Shukri Yahya dah Sharifah Sakinah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!