PENYANYI Syura Badron terharu melihat kesungguhan suaminya iaitu Muhammad Farizat yang masih mahu berkerja biarpun dalam keadaan sakit selepas badan melecur akibat letupan tong gas pada Isnin lalu. Meskipun masih menerima rawatan di hospital, Syura atau Zuraidah Badron, 38, memuji komitmen ditunjukkan Farizat menguruskan perniagaan makanan yang diusahakan oleh mereka itu. "Beruntungnya saya sebagai isteri, walaupun suami tengah dalam kesakitan dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami. Syura berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Tak pernah berhenti tanya tentang staf yang tengah kerja di festival, hari-hari tanya tentang sale dan stok barang," katanya menerusi satu hantaran di Instastory. Bersama kapsyen tersebut dia turut memaparkan keadaan terkini suaminya itu. Dalam pada itu, Syura berkata dia menasihati Farizat untuk tidak terlalu memikirkan soal kerja dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerja mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Syura melecur teruk akibat letupan tong gas, mohon doa diberikan kesembuhan ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab suami menangis dapat kejutan, Syura pula kekok hamil lagi selepas 11 tahun Ini kerana dia mahu suaminya mendapat rehat yang cukup dan fokus menjalani rawatan sehingga pulih. "Tidak apa bie (panggilan suami) percaya pada rezeki, staf kita pun akan buat sehabis baik. "Yang penting awak sihat sepenuhnya, dan kita boleh sama-sama berniaga macam dulu," ujarnya. Syura sebelum ini berkongsi suaminya ditahan di hospital susulan insiden letupan tong gas. Pada 25 November lalu, Syura memaklumkan Farizat sedang ditahan di hospital kerana melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis. Untuk rekod, Syura bertemu jodoh dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia setahun. Syura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun mereka berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15,dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!