PEMINAT lebih cenderung meminta kumpulan Ruffedge menyanyikan lagu-lagu popular mereka setiap kali mengadakan persembahan walaupun mereka mempunyai karya baharu. Salah seorang anggotanya iaitu Azzan Addin, 50, berkata, perkara itu sedikit sebanyak membantutkan usaha mereka tampil dengan karya baharu kerana bimbang ia tidak mendapat sambutan pendengar. “Masalah sebagai pemuzik ini adalah kadang-kadang peminat meminta kita menyanyikan lagu yang sama sahaja. Kita sentiasa ada lagu baru tetapi peminat mahukan lagu-lagu lama juga. Ruffedge bakal mengeluarkan album baharu. “Contohnya semasa kami mengeluarkan lagu Lemas, peminat tetap mahukan lagu-lagu lama seperti Khayalan, Goyang dan Bila Rindu. “Kami ada lagu-lagu baru, dengarlah dulu,” katanya kepada mStar. Azzan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran album Haramain oleh Hafiz Hamidun pada Selasa lalu. Ruffedge berkolaborasi bersama Hafiz Hamidun dalam lagu Batu Hitam. Dalam pada itu, Azzan memberitahu sebagai pemuzik mereka perlu mencari keseimbangan antara memenuhi kehendak peminat dan memuaskan hati sendiri. Malah mereka percaya seorang pemuzik tidak akan berkembang jika hanya menyanyikan lagu sama. “Sebagai seorang pemuzik, perlu seimbangkan antara ‘please’ orang dan ‘please’ diri sendiri. Kadang-kadang kita perlukan ubat untuk membuat kita bersemangat kembali. “Jika kita asyik menyanyi lagu sama sahaja, kita akan jadi ‘stagnant’. Tiada apa-apa yang baru untuk kita belajar. ARTIKEL BERKAITAN: Ruffedge masih aktif, lemah guna media sosial punca lagu baharu tak dapat sambutan ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dianggap tak sensitif, Mode Ruffedge pertahan tindakan nyanyi ‘Bila Rindu’ di perhimpunan Palestin Sementara itu, Zain Hamid, 46, pula berkata, mereka tidak mahu lagi terperangkap dalam masa lalu sebaliknya bercadang mengadakan konsert khusus bagi menyanyikan karya baharu mereka. Malah mereka berharap akan mendapat peluang untuk mempersembahkan lagu-lagu terbaharu terutamanya yang jarang dipersembahkan sebelum ini. “Banyak lagu baru sebenarnya. Jadi, mungkin kami perlu buat showcase yang ‘selfish’. Showcase yang menyanyikan lagu baru sahaja. Kalau peminat tak nak dengar sudah!,” ujarnya. Malah Zain memberitahu Ruffedge juga sudah menyiapkan sembilan buah lagu untuk album terbaharu mereka akan datang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!