SEJAK membintangi filem Lembayung, aktres Anna Jobling semakin menerima banyak tawaran berlakon di Indonesia. Bagaimanapun kata Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, dia tetap meneliti setiap tawaran diberikan memandangkan sedar industri perfileman di sana lebih terbuka. Ini termasuk menetapkan beberapa syarat kepada pihak produksi sebelum memberi kata persetujuan bagi mengelak sebarang masalah. "Saya akan maklumkan kepada pihak produksi apa yang boleh dan sebaliknya... Sebagai contoh tentang pemakaian atau babak yang boleh dilakukan. Anna sentiasa menjaga nama baik sebagai pelakon. "Jika mereka terima saya tiada masalah bekerjasama. Alhamdulillah produksi di Indonesia juga sangat memahami tentang budaya masyarakat Malaysia," katanya kepada mStar. Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Lembayung yang diadakan di Petaling Jaya pada Selasa lalu. Dalam pada itu, Anna tidak pernah terfikir meninggalkan Malaysia hanya kerana namanya semakin menjadi sebutan di negara jiran. ARTIKEL BERKAITAN: Tak guna ‘kabel’ masuk Indonesia, Anna Jobling bagi hint bakal bekerjasama dengan aktres terkenal seberang ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling makin laris di Indonesia, terima tiga lagi tawaran filem selepas ‘Lembayung’ Sebaliknya Anna akan terus menetap di negara sendiri dan sedia berulang-alik ke Indonesia sekiranya terdapat sebarang projek di sana. "Sebenarnya ada beberapa tawaran yang sudah saya lepaskan disebabkan jadual kerja. Tak mungkin saya nak ulang-alik setiap hari. "Insya-Allah tahun depan saya akan terlibat dengan dua buah filem selain sebuah drama bersiri," kongsinya. Saya akan beritahu mereka apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai pelakon ANNA JOBLING PELAKON Bercakap tentang penglibatan dalam Lembayung, Anna memberitahu dia sudah memberikan komitmen 100 peratus bagi membuktikan kredibiliti sebagai seorang pelakon. Malah kata Anna menerusi filem arahan Baim Wong itu juga dia dapat menyerlahkan sisi berbeza dalam lakonan yang jarang diperoleh sebelum ini. "Saya terima tawaran filem ini sebab nak buktikan saya bukan pelakon stereotaip dan cantik sahaja. Alhamdulillah saya dapat serlah sisi berbeza dalam lakonan. Watak Tantri dalam Lembayung serlah sisi berbeza Anna. "Ada satu babak di mana saya tergantung dan saya minta kru ketatkan ikatan pada leher untuk merasai perasaan sukar bernafas. "Saya tak takut sebab kru ramai dan mereka pakar dalam menjayakan babak berbahaya seperti itu," jelasnya. Selain Anna, pelakon lain terlibat dalam filem tersebut adalah Arya Saloka, Taskya Namya, Yasamin Jasem dan Oka Antara. Ditayangkan sejak September lalu di Indonesia, filem tersebut akan menemui penonton di Malaysia bermula 5 Disember ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!