suria

Keputusan bubar bukan gimik, KRU kembali bersatu selepas Edry setuju ulang-alik dari Manchester ke KL

Dari kiri Yusry, Edry dan Norman kembali ubati rindu peminat.

BERSATU kembali selepas enam tahun, KRU menegaskan keputusan membubarkan kumpulan itu pada 2018 bukan gimik.

Datuk Norman Abdul Halim sebaliknya menjelaskan faktor keputusan itu dibuat ketika itu kerana adik lelakinya Edry Abdul Halim mengambil keputusan berhijrah ke United Kingdom.

“Pembubaran KRU dahulu bukanlah gimik pun, kami tiada rancangan untuk bubar. Ketika persiapan konsert ulang tahun ke-25, Edry ada beritahu yang dia tidak mahu teruskan bersama KRU.

WhatsApp Image 2024-11-28 at 13.55.03

KRU kembali selepas lama menyepi.

“Dia ambil keputusan berhijrah ke Manchester dan tak mahu kembali. Saya sendiri pun terkejut tapi apa boleh buat, Edry punya keputusan,” katanya kepada mStar.

KRU berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran muzik video terbaharu mereka berjudul Voodoo yang berlangsung di Courtyard, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Norman dan Edry, kumpulan legenda itu turut dianggotai Datuk Yusry Abdul Halim.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan

ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran 'Datuk', Norman (KRU) Mahu Tingkatkan Industri Kreatif Di Pahang

Dalam pada itu, Yusry memberitahu kejayaan dikecapi KRU hampir tiga dekad dalam industri juga membuatkan mereka mahu berehat.

Malah perasaan teruja menghasilkan karya terbaharu buat peminat sudah lagi tiada mungkin disebabkan sudah terlalu lama bergiat aktif dalam bidang seni.

“Salah satu sebab kerana kami dah tahu apa lagi yang nak dibuat pada ketika itu. Kami dah lakukan dan capai banyak perkara jadi tak boleh paksa diri buat album atau konsert lagi.

Kembali bukan atas paksaan tetapi memang sebab kami nak buat.

EDRY

PENYANYI

“Ia umpama bila kita dah daki gunung yang tertinggi, gunung yang rendah lain sudah tidak lagi mengujakan,” jelasnya.

Mengulas mengenai penyatuan mereka, keputusan tersebut dibuat selepas Edry sanggup berulang-alik dari Manchester ke Malaysia selama setahun bagi proses pembikinan album terbaharu mereka berjudul Kaset.

Menurut Edry, dia memilih untuk kembali sebagai kumpulan demi mengubati rindu peminat yang menantikan kehadiran mereka di dalam industri.

WhatsApp Image 2024-11-28 at 13.54.55

Lagu baru ubati rindu peminat.

“Memang tiada tekanan, kita kembali bukan atas paksaan tetapi memang sebab kami nak buat dan peminat pun menantikan kami tampil dengan lagu baru.

“Tipulah sejak tinggal di luar negara, saya tak rindu sokongan dan perhatian mereka. Itu antara sebab saya kembali,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, KRU tampil dengan buah tangan baharu buat peminat menerusi single pertama mereka berjudul Voodoo yang bakal dimuatkan di dalam album Kaset.

IMG_9097

Lagu baharu KRU masih mengekalkan identiti mereka.

Menariknya, muzik video lagu tersebut dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sekali gus menjadikan KRU artis pertama tempatan menggunakan inovasi berkenaan dalam karya mereka.

Dicipta sepenuhnya oleh Norman, Yusry dan Edry, Voodoo mengekalkan DNA muzik asal mereka iaitu Pop Dance, Hip Hop dan R&B namun dengan sentuhan berbeza.

Peminat boleh mendengarkan lagu Voodoo di semua platform penstriman digital manakala muzik video pula ditayangkan di laman YouTube rasmi KRU sejak Rabu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

KRU bubar, Norman KRU, Edry KRU, Yusry KRU,

Artikel Lain