SEDANG mengerjakan ibadah umrah, pelakon Fattah Amin tidak lupa menitipkan doa buat mangsa banjir di Malaysia. Malah Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, turut membuka ruang kepada pengikutnya di media sosial bagi mengirimkan sebarang doa untuk dibacakan di Tanah Suci Makkah. "Assalamualaikum, apa khabar semua. Insya-Allah siapa yang ada atau nak kirimkan doa saya akan cuba bacakan hari ini (Jumaat). Fattah titip doa untuk mangsa banjir di Malaysia. "Saya doakan juga kepada semua mangsa banjir supaya Allah bantu mudahkan urusan semuanya," katanya. Fattah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, pelakon filem KL Special Force ini turut memohon maaf jika dia tidak sempat membacakan doa yang dikirimkan peminat di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin dah ada kerja tetap, jadi ketua eksekutif pemasaran bisnes makanan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rezeki Fattah Amin melimpah ruah sejak bercerai, berat badan turun 3 kilogram sebab sibuk kerja "Bagi yang saya tak sempat baca kiriman doa anda, saya minta maaf ya," ujarnya. Sebelum itu, Fattah memaklumkan dia dan keluarga berangkat menunaikan ibadah umrah pada 26 November lalu. Aktor berkenaan turut memohon peminat untuk mendoakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. Untuk info, jumlah keseluruhan mangsa banjir kini mencecah 80,414 orang daripada 24,841 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor. Sebanyak 522 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menampung mangsa banjir yang terjejas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!