suria

[V] Hazama dan isteri tetap bahagia tanpa anak, rasa membazir mahu teruskan IVF... “Saya serah kepada Allah”

MENYERAHKAN soal rezeki dan zuriat kepada Allah SWT, penyanyi Hazama mengakui dia dan isteri iaitu Genervie Kam tetap hidup bahagia meskipun tanpa kehadiran anak.

Pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), Hazama atau Hazama Ahamd Azmi, 40, bagaimanapun berkata percubaan dilakukan itu masih belum berjaya.

Malah, usaha tersebut juga dianggap sia-sia memandangkan dia seorang perokok.

hazama 3

Hazama serah soal zuriat pada Allah SWT.

"Anak itu saya serah pada Allah, kalau ada... Alhamdulillah, jika tidak saya okay saja.

"Sedih itu ada tapi saya seorang yang reda. Kalau soalan ini ditanya kepada orang perempuan mungkin lebih sensitif tapi kami masih mencuba.

"Saya sebenarnya pernah buat proses IVF sebelum ini tetapi ada masalah jadi saya rasa membazir kalau buat lagi kerana saya juga perokok, jadi saya berpegang pada rezeki Tuhan," katanya kepada mStar.

Hazama berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran album keduanya yang berjudul Pujangga di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangot pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur dah masuk 40 tahun... Hazama mahu perbaiki diri, masuk kelas agama

ARTIKEL BERKAITAN: Hazama kini bergerak sendiri, rombak semula album ikut muzik semasa

Tidak hanya itu, Hazama juga mengakui jadual kerja yang agak padat menjadi antara punca proses IVF sebelum ini tidak berjaya.

Malah isterinya juga pernah mengandung luar rahim dan berisiko untuk hamil lagi.

"Komitmen isteri dan saya buatkan kami tak ada masa yang terbaik untuk kami relaks dan bersedia.

"Ketika proses itu kita tak boleh stres tapi isteri saya seorang yang sibuk sampai dia terpaksa ditahan di wad hospital tempoh hari gara-gara burn out.

Album Pujangga inilah anak saya.

HAZAMA

PENYANYI

"Isteri saya juga pernah mengalami kandungan luar rahim, jadi doktor juga maklum ada risiko,” jelasnya.

Pun begitu, Hazama berkata kehidupan mereka tidak sepi daripada suara anak-anak memandangkan dia turut membesarkan anak saudaranya.

"Saya juga mempunyai anak saudara, mereka membesar dengan saya dan duduk di rumah saya.

"Saya rasa selesa dikelilingi budak-budak cuma saya tak perlu fokus tanggungjawab itu lebih sangat. Album Pujangga inilah anak saya,” katanya.

hazama 2

Hazama menyambut ulang tahun yang ke-40.

Bercakap mengenai Pujangga, ia merupakan buah tangan istimewa untuk peminat selepas 11 tahun memasarkan album sulung pada 2013.

Memuatkan 10 buah lagu yang telah dikemas dengan berkualiti demi memastikan penantian sedekad peminat berbaloi.

Menurutnya, album ini diterbitkan sendiri selain mendapat sentuhan isteri yang juga merupakan pengarah muzik.

hazama 1

Pujangga merupakan album kedua Hazama.

"Pujangga membawa maksud pengarang sajak, syair dan ahli fikir yang secara keseluruhannya bercerita tentang isi album ini.

"Karya-karya yang dihasilkan punya cerita yang disampaikan lewat untaian lagu yang digarap kemas sepanjang pembikinan Pujangga. Saya mahu betul-betul bercerita, bersyair atau berpujangga dengan semua karya saya," katanya.

Untuk rekod, Hazama mendirikan rumah tangga dengan dengan pengarah muzik, Genervie Kam pada 14 Januari 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain