suria

Nourul Wahab rasa bersalah terlalu fokus konflik anak sulung sampai lupa nikmat lain perlukan perhatian

Nourul mengakui kesal kerana terlalu fokus terhadap konflik bersama Ayu.

PENYANYI Nourul Wahab meluahkan rasa kesal dengan sikapnya yang terlalu menumpukan perhatian terhadap konflik bersama anak sulungnya iaitu Ayu Nazirah sehingga menjejaskan hubungan dengan keluarga.

Gara-gara isu berkenaan, Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 47, berkata emosinya terganggu sehingga dia bertindak mengasari anak-anak yang lain tanpa sedar.

"Saya rasa bersalah pada diri saya sebab terlalu fokus pada yang satu ini telah membuatkan diri saya terganggu.

Copy of Untitled (100)

Nourul berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman TikTok.

"Sampaikan saya berkasar dengan tiga lagi anak-anak saya hanya disebabkan perasan marah," katanya menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok.

Menyedari kesilapan dilakukan itu, Nourul nekad berubah menjadi ibu yang lebih baik buat anak-anaknya dan segera memohon keampunan daripada Allah SWT.

"Terus saya berubah 360 darjah. Saya mohon keampunan kepada Allah kerana saya tak perasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap anak macam kawan kesilapan Nourul Wahab, ibu bapa kena letak batas

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul bengang tiba-tiba muncul gosip sudah bercerai, tak maafkan individu sebar fitnah

"Saya terlampau marah, berkecil hati dan fokus pada yang anak satu sehingga lupa ada nikmat dan rahmat Allah dalam hidup ini yang perlu saya beri perhatian," luahnya.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut memberitahu suaminya iaitu Eric Daniel Depp turut terkesan akibat perselisihan faham berkenaan.

Kata Nourul, suaminya itu terlalu kecewa dengan perubahan sikap Ayu yang sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.

"Pandangan Eric di dalam hal ini, dia kecewa sangat sebab dia sayang Ayu macam anak dia sendiri.

ayu1 - 1

Nourul mengakui terlupa nikmat lain yang patut diberikan perhatian

"Dia turut menangis apabila melihat saya menangis. Tapi dia simpan dan menunggu hari," kongsinya.

Sebelum ini Nourul mendedahkan wujud perselisihan faham dengan Ayu namun hubungan tersebut kini kembali jernih.

Untuk rekod, Ayu merupakan anak dari hasil perkahwinan Nourul bersama komposer Ajai, namun mereka berpisah pada 2007.

Nourul kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Eric pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, 11, Raphael Depp, 9, dan Isabella Depp, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain