USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hati dikenakan caj yang tinggi selepas menaiki beca di London. Kata Vida atau Hamiza Othman, 53, pada awalnya dia dikenakan harga sebanyak 235 pound sterling bersamaan RM1,300, namun mendapat diskaun selepas memberitahu dirinya seorang pelajar. "Dia tipu saya dengan kenakan caj sebanyak RM1,300 untuk pusing kota London tak sampai 10 minit. Vida tak puas hati dikenakan caj tinggi oleh penarik beca. "Tapi bila kata saya pelajar di sini dapatlah diskaun jadi 200 pound sterling (RM1,110). "Memang tak puas hati bagi harga sebegitu, kalau setakat RM200 okaylah juga, lepas ini nak naik kena tanya harga dulu," katanya. Vida meluahkan rasa tidak puas hati itu menerusi hantaran di Instagram pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Vida berkata dia tidak menyangka akan dikenakan caj yang tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Inilah senarai penuh 727 barangan milik Vida disita untuk tujuan lelong ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan dibuat pekerja, Vida persoal tiada waran masuk kediaman sita aset dalam rumahnya Malah, semasa menaiki beca itu juga dia berasa hairan kerana diperhatikan oleh ramai orang. "Sebelum saya nak naik itu masih gembira nak pusing-pusing kota London. "Tapi selepas itu saya rasa pelik selepas semua orang pandang saya menaiki beca itu. "Patutlah tiada siapa yang naik rupanya mereka kenakan caj yang sangat tinggi," jelasnya. Vida dikenakan caj sebanyak 235 pound (RM1,300). Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan harga dikenakan penarik beca kepada usahawan itu. "Masya-Allah mahalnya kena caj sebab naik beca. "Gila tinggi harga dia minta, baik beli makanan. "Kalau macam itu harga dia memang takkan naik langsung," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!