suria

Pelakon jual rupa sahaja tak cukup, Erra Fazira kata bakat kena seiring

Erra tidak mahu pelakon dikenali sekadar tayang wajah wajah cantik.

UNTUK kekal relevan dalam industri, aktres Erra Fazira berpendapat pelakon tidak boleh hanya sekadar 'menjual muka' semata-mata sebaliknya mereka perlu sentiasa memperbaiki mutu lakonan.

Erra atau Fazira Wan Check, 50, berkata jika kecantikkan menjadi ukuran utama, ia hanya akan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap anak seni.

"Tak dinafikan cara mengumpan penonton melalui kecantikan. Tetapi ia tidak cukup sekiranya prestasi lakonan mereka tidak setara.

Copy of Untitled (98)

Erra percaya bakat dan penampilan harus seimbang.

"Kita tidak mahu penonton mengecam pelakon harapkan rupa tetapi tiada bakat. Kita juga tidak mahu lahirkan sampah-sampah di dalam industri," katanya kepada mStar.

Erra berkongsi perkara itu ketika tampil sebagai panel menerusi sesi forum ‘Lihatlah Dunia, Trofi FFM Merubah Hidupku’ bersempena Festival Filem Malaysia ke-33 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang berlangsung di Datum Jelatek, Kuala Lumpur.

Mencontohi kehebatan seniman terdahulu, bintang filem Janji Diana itu percaya penggiat seni perlu menyeimbangkan bakat dan penampilan mereka agar seiring.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira sentiasa pantau anak gadis, letak syarat kalau mahu keluar bersama kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira ketawa dengar gosip sudah kahwin, masih pegang status ibu tunggal

Jelasnya, kedua-dua aspek berkenaan penting untuk melariskan sesebuah naskhah selain memberi keyakinan kepada penerbit atau pengarah.

"Zaman dulu lagi bila disebut primadona atau pelakon layar perak pasti mereka ada kecantikan dan aura ekslusif tersendiri.

"Penampilan memang penting tetapi ia tidak kekal sekiranya tidak seiring dengan bakat. Kami dahulu pun tiada apa, kami juga belajar daripada orang-orang lama.

Kita juga tidak mahu lahirkan sampah-sampah di dalam industri.

ERRA FAZIRA

PELAKON

"Dengan masa dan pengalaman itulah kita gunakan untuk tingkatkan prestasi agar orang bertambah yakin dengan kemampuan dan produk kita," jelasnya.

Sementara itu, Erra menasihati rakan seperjuangannya agar tidak cepat puas apabila meraih sebarang anugerah mahupun pengiktirafan.

Baginya, perjuangan harus diteruskan kerana kejayaan tersebut tidak akan bertahan selamanya apatah lagi dengan kemunculan bakat baharu di dalam industri.

Copy of Untitled (99)

Erra tampil sebagai salah seorang panel forum Lihatlah Dunia anjuran WHAM dan Finas.

"Walaupun menang anugerah, kita perlu sentiasa berusaha melakukan peningkatan kerana yang terbaik akan sentiasa lahir dari semasa ke semasa.

"Hari ini ini mungkin kita yang terbaik tetapi esok lusa orang lain pula gantikan tempat kita.

"Anugerah tidak sepatutnya dijadikan penanda aras untuk berhenti berlakon sebaliknya perjuangan harus diteruskan sampai bila-bila," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain