suria

Iqbal Zulkefli bergegas balik Kelantan mahu bantu mangsa banjir, risau keluarga turut terjejas

Iqbal mahu beri bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

USAHAWAN sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli memberitahu dia terus bergegas pulang ke Kelantan selepas mengetahui berita tentang banjir di negeri itu.

Tambah merisaukan apabila keluarga Iqbal, 30, turut menjadi mangsa banjir kali ini, malah memaklumkan barangan rumahnya rosak akibat bencana alam itu.

"Saya terus bergegas pulang ke Kelantan, sehingga terpaksa membatalkan semua urusan kerja.

"Kalau lambat saya risau tak dapat nak ke sana... Apa yang buat saya lebih risau apabila ada keluarga saya yang turut terjejas dengan musim banjir kali ini.

NP (21)

Iqbal bergegas balik ke Kelantan.

"Rumah mereka ada yang dah mula masuk air, peti ais dan perabot juga rosak," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Iqbal sedar tentang risiko yang akan terjadi padanya, namun berbekalkan niat mahu membantu penduduk di Kelantan dia sanggup menghadapi cabaran berkenaan.

Kata Iqbal lagi, dia juga akan cuba menyalurkan bantuan mengikut kemampuannya ketika berada di sana.

"Saya sedar risiko yang boleh menimpa apabila pulang ke Kelantan, tambah pula tahun ini banjir dilihat agak teruk juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Rashidi Ishak akhiri zaman duda, kahwin pengarah ‘Kampung People’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rashidi Ishak bukan kritik tapi pandangan ikhlas, anggap Fazura bertuah dapat lebar sayap ke Indonesia

"Tapi saya sanggup ambil risiko itu kerana pada saya orang di sini sudah seperti keluarga.

"Saya juga akan menyalurkan bantuan semampu saya, sekarang tengah cari bot dan kereta pacuan empat roda," jelasnya.

Bercerita lanjut, Iqbal berkata dia sudah merancang beberapa kawasan yang akan dilawati untuk memberikan bantuan.

"Setakat ini saya merancang untuk turun membantu di Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat dan Kuala Krai.

NP (20)

Iqbal risau keselamatan penduduk di Kelantan kerana banjir.

"Tapi kalau ada kawasan yang boleh redah saya akan redah dan cuba bantu.

"Sedih bila lihat majoriti rumah di Kelantan mungkin akan ditenggelami air, lagi-lagi rumah kampung," ujarnya.

Sebelum ini menerusi laporan media, hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain