BEKAS isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar memberitahu masih belum bersedia menerima lamaran mana-mana lelaki yang mahu menyunting dirinya menjadi isteri. Kata Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, dia kini sedang bahagia menjalani kehidupan tanpa suami dan tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. "Tidak kot (terima lamaran), bukan dalam waktu terdekat ini. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang," katanya. Ira tidak mahu memikirkan soal jodoh. Ira berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok milik usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri. Dalam perkongsian itu juga, Aliff bertanya kepada Ira mengapakah dia sering kakaknya dan tidak membawa bersama teman lelaki. Jawab Ira, sekiranya benar dia sudah mempunyai teman lelaki, dia tidak akan menayang kekasihnya itu kepada umum. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pintu hati Ira Kazar belum tertutup soal jodoh, mahu cari lelaki ‘biasa’ sebagai pasangan hidup ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar ‘Tak Kisah’ kena kutuk, hati terguris bapa jadi sasaran kemarahan netizen "Kalau ada (teman lelaki) pun takkan nak tunjuk," ujarnya. Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023. Bagaimanapun hubungan mereka tidak berkekalan lama selepas sah bercerai pada 5 September lalu. Syamsul juga sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!