SEDANG sarat hamil cahaya mata pertama, pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui dia mudah berasa penat dan berdepan keletihan melampau. Tidak pernah berdepan situasi itu sebelum ini, Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, bagaimanapun berkata dia terpaksa menggagahkan diri meneruskan aktiviti harian seperti bekerja dan menguruskan hal rumah tangga. "Rasa letih sewaktu hamil adalah tahap yang amat berbeza sama sekali. Saya tidak pernah sepenat ini dalam hidup. Perkongsian Atikah yang dimuat naik di Instastory miliknya. "Pernah tak anda rasa penat sehingga rasa nak menangis? Namun masih perlu bangun daripada katil, pergi kerja dan beri kucing makan," katanya. Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Sabtu. Dalam pada itu, Atikah memohon doa agar urusannya itu dipermudahkan dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas melahirkan cahaya mata kelak. ARTIKEL BERKAITAN: Nasi goreng resipi ibu Atikah Suhaime ada kisah sedih, kini jadi kegemaran keluarga mentua ARTIKEL BERKAITAN: Mual cium bau bawang putih, peminat syak Atikah Suhaime sedang berbadan dua "Saya penat sangat. Saya harap agar semua urusan dipermudahkan selepas saya melahirkan anak nanti. Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari lalu. Pada September lalu, perkongsian video mukbang Atikah menarik perhatian ramai sehingga timbul spekulasi pelakon berkenaan itu sedang berbadan dua. Tidak lama selepas itu, Atikah berkongsi berita gembira dia sudah hamil empat bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!