SEMPENA ulang tahun kelahiran dua orang anak mereka, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan Soffya dan Fahri sebuah rumah jenis kondominium di Bangi, Selangor. Menurut Wawa atau Wawa Zainal Abidin, 33, dia dan suami sepakat memberikan hadiah itu untuk dijadikan aset anak mereka pada masa depan. "Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka. Aeril dan Wawa memikirkan tentang masa depan anak-anak. "Seorang satu, jenis rumah pula adalah kondominium di kawasan Bangi, Selangor. "Harga tak mahal mana, tak perlu ceritalah tentang itu," katanya kepada mStar. Wawa berkongsi perkara itu semasa majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal tak sanggup tengok anak tahan sakit, tangguh pembedahan tonsil tunggu waktu sesuai ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aeril Zafrel pilih sekolah biasa berbanding asrama, bukan takut kes buli tapi mahu tengok anak membesar depan mata Dalam pada itu, Wawa berkata dia dan Aeril juga tidak pernah lupa menyimpan wang untuk anak-anak setiap bulan. Katanya, duit simpanan itu bakal digunakan untuk tujuan pendidikan atau ketika kecemasan. "Sebenarnya setiap anak saya sudah ada rumah masing-masing. "Kami simpan duit juga buat mereka setiap bulan tak pernah tertinggal untuk kegunaan belajar atau kecemasan. "Sedar tak sedar banyak dah simpanan anak-anak, kita pun tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku," ujarnya. Wawa dan Aeril turut menabung untuk masa depan anak-anak. Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun. Dalam perkembangan lain, Wawa teruja melancarkan produk terbaharunya iaitu Wawa Mummy Baby Sunscreen Set dan memperuntukkan 100,000 unit untuk kempen kali ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube