suria

Rashidi Ishak tiada masalah berlakon drama arahan isteri, kekal sikap profesional di lokasi penggambaran

Rashidi selesa berkerja dengan isteri (kiri) sendiri.

PELAKON Rashidi Ishak tiada masalah untuk berlakon dibawah arahan isteri iaitu pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin dalam drama berjudul Ofis Politik.

Rashidi, 51, berkata, dia lebih senang bekerja dengan anggota keluarga sendiri tetapi masih mengekalkan sikap profesional sewaktu berada di set penggambaran.

"Bagi saya sangat senang bekerja dalam situasi seperti ini (keluarga) tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan orang lain.

"Macam mana pun kami perlu kekalkan sikap profesional itu. Ada masa kita marah, ada masa kalau kita rasa tak betul kena luahkan juga.

shidi2 - 1

Rashidi dan isteri mempunyai keserasian ketika bekerjasama.

"Kalau dengan orang yang bukan anggota keluarga kita senang nak tegur tapi dengan ahli keluarga sendiri ada cara untuk menegur," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rashidi memberitahu keserasian yang wujud dalam hubungan rumah tangga membuatkan mereka lebih senang untuk bekerjasama.

Malah, tidak wujud sikap dominan dalam perhubungan kerana masing-masing mempunyai persamaan yang sama terutamanya melibatkan urusan kerja.

"Tak timbul isu siapa lebih dominan. Saya dan isteri tiada isu siapa lebih mengawal hubungan rumah tangga kerana kami sama sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Rashidi Ishak akhiri zaman duda, kahwin pengarah ‘Kampung People’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rashidi Ishak bukan kritik tapi pandangan ikhlas, anggap Fazura bertuah dapat lebar sayap ke Indonesia

"Umur kami pun sebaya, sama-sama dalam bidang hiburan. Isteri lebih kepada bahagian penerbitan, penulisan dan pengarahan manakala saya pula dalam bidang kreatif teknikal seperti lakonan.

"Kami sangat serasi untuk bergabung dan bekerjasama jadi tidak pernah bergaduh dalam hal kerja," ujarnya.

Kami bekerja secara profesional. Kalau di set penggambaran kami lebih senang berkomunikasi.

RASHIDI ISHAK

PELAKON

Berbicara lanjut berkenaan drama Ofis Politik, Rashidi memberitahu dia sangat selesa bekerja bersama isteri dan adik iparnya iaitu pengarah Wan Alauddin.

Tambah aktor berkenaan, mereka bukan sahaja berbincang hal kerja sewaktu di set penggambaran malah boleh menyambung perbualan ketika berada di rumah.

"Untuk drama ini, isteri saya dan adiknya Wan Alauddin yang mengarah. Tapi kebanyakan set diarahkan oleh adiknya kerana isteri lebih banyak fokus kepada penulisan skrip.

shidi1 - 1

Rashidi dan Wan Hasliza berkenalan di set penggambaran drama Kampung People.

"Kami bekerja secara profesional. Kalau di set penggambaran kami lebih senang berkomunikasi.

"Malah kami bercerita fasal kerja bukan hanya di set penggambaran tetapi di luar set pun kami selalu berbincang... sebab dah satu keluarga kan," katanya.

Untuk rekod, Rashidi dan Wan Hasliza mendirikan rumah tangga pada 2 Februari lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.

Pasangan ini mula berkenalan ketika terlibat dalam penggambaran drama Kampung People sekitar empat tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain