suria

Hazama mahu ada banyak karya hit sebelum buat konsert - “Setakat satu lagu tak boleh”

Hazama bersedia adakan konsert solonya.

PENYANYI Hazama berpendapat seorang penghibur perlu mempunyai karya hebat sebelum mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert.

Menurut Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, 40, tidak berbaloi buat peminat sekiranya hadir untuk mendengarkan nyanyian cover daripada penyanyi kesayangan mereka.

"Pendapat saya sebagai seorang penyanyi kalau tak ada karya yang kuat takut nanti konsert jadi separuh masak. Ada bukan kes-kes sebelum ini?

hazama 1

Hazama mahu beri kepuasan kepada peminat.

"Bukan tidak bagus penyanyi itu tapi karya tidak cukup kuat. Kalau setakat satu lagu saja tak boleh nak cover satu atau dua jam konsert.

"Kalau konsert itu dua jam pastikan sepanjang itu karya sendiri. Barulah penonton yang hadir puas hati," katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Hazama berkata dia mempunyai pengalaman dalam melakukan keduanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hazama dan isteri tetap bahagia tanpa anak, rasa membazir mahu teruskan IVF... “Saya serah kepada Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: Umur dah masuk 40 tahun... Hazama mahu perbaiki diri, masuk kelas agama

Tegasnya, dia lebih berpuas hati sekiranya dapat menyanyikan lagu sendiri di sebuah konsert.

"Saya pernah cover lagu orang dan saya pernah nyanyi lagu sendiri di konsert, tapi saya lebih puas menyanyikan lagu sendiri.

"Sebab saya tak perlu dibandingkan dengan mana-mana penyanyi. Kalau saya cover nanti akan ada perbandingan mana yang lebih sedap.

Memang ada lagu yang hit tapi saya rasa tak cukup.

HAZAMA

PENYANYI

"Tujuan saya buat konsert bukan untuk perbandingan tapi untuk hiburkan orang," jelasnya.

Kata Hazama, dia juga berulang kali mendapat tawaran daripada pihak penganjur untuk berkerjasama mengadakan konsert.

Bagaimanapun tawaran itu ditolak dengan baik memandangkan ingin menghasilkan lebih banyak lagu yang diterima peminat.

"Sebab itu bila ada orang tawarkan saya untuk buat konsert saya tolak sebab tak cukup lagu. Memang ada lagu yang hit tapi saya rasa tak cukup.

hazama 3

Hazama banyak kali tolak tawaran lakukan konsert.

"Yang buat konsert biasanya ada 20 lebih lagu hit baru layak buat konsert. Itu pendapat saya.

"Bila album saya sudah siap dan peminat sudah tahu lagu saya barulah ada rasa teruja itu. Konsert saya nanti juga ada konsep untuk dibawa.

"Saya tak nak buat konsert sekadar menyanyi dan kutip duit saja. Kalau buat konsert fokus saya bukan untuk untung," katanya lagi.

Dia yang lebih sedekad bergelar penyanyi mengakui mengimpikan untuk mengadakan konsert sendiri selepas melancarkan album keduanya berjudul Pujangga.

hazama 4

Hazama tidak mahu sekadar kaut keuntungan.

Namun dia ingin memastikan lagu-lagunya berkenaan mendapat tempat di hati peminat terlebih dahulu.

"Saya nak konsert saya... tujuan saya buat album pun untuk konsert saja. Kalau boleh tahun depan.

"Tapi sebelum sampai ke konsert saya nak pastikan lagu-lagu baru saya diterima peminat dulu. Saya tak nak juga bila buat konsert saya menyanyi mereka terdiam... tak seronok juga," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain