SELEPAS kehilangan bapa, pelakon Sharnaaz Ahmad menasihatkan orang ramai yang masih mempunyai kedua orang tua untuk menjaga dan berbuat baik kepada mereka. Kata Sharnaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, kehilangan ibu bapa merupakan satu perkara pahit untuk dilalui namun bersyukur kerana diberikan ujian sebagai tanda Allah SWT menyayangi umat-Nya. "Jika anda masih ada ibu bapa, jaga dan sentiasalah buat yang terbaik sementara mereka masih ada. Sharnaaz mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirimkan kepada Allahyarham bapanya. "Perit kehilangan itu sangat dahsyat. Terima kasih Allah atas dugaan yang hebat tandanya Dia sayang kita," katanya. Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad. Dalam pada itu, pelakon filem The Original Gangster ini turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa selepas pemergian bapanya iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad tegur wanita ungkit isu nafkah RM500, syukur rezeki semakin murah "Terima kasih atas ucapan dan doa dari sahabat, rakan seperjuangan saudara mara. "Harap maaf saya tak boleh nak balas semua, semoga yang mendoaakan dilimpahkan dengan rahmat Allah dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik," ujarnya. Pada 27 November lalu, Sharnaaz berkongsi khabar duka pemergian bapanya yang meninggal dunia pada pukul 1.40 pagi. Aktor berkenaan bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca kematian bapanya namun dia sebelum ini pernah berkongsi Allahyarham pernah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!