suria

Daus Eli (AF8) belum terfikir tamat zaman duda, fokus berbakti jaga ibu bapa

d1

PENYANYI Daus Eli belum terfikir soal mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas isterinya lima tahun lalu.

Sebaliknya kata Daus atau Muhd Shahril Firdaus Eli, 36, dia kini lebih bahagia dapat menjaga kedua ibu bapanya yang sudah tua selain meluangkan lebih masa bersama tiga anak-anaknya.

Jelas Daus, dia menganggap peluang dapat berbakti dan menjaga kedua ibu bapanya sebagai nikmat besar dan tidak mahu melepaskan peluang tersebut.

d2

Daus mahu rebut peluang berbakti kepada ibu bapa.

"Kebahagiaan saya datang daripada anak-anak dan ibu bapa.

"Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang menjaga mereka selagi ibu bapa masih hidup," katanya kepada mStar.

Daus berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Terukir yang diadakan pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Daus memberitahu hubungannya dengan bekas isteri iaitu Syaza Shamimi Jalaludin Khan, 37, juga dalam keadaan baik demi anak-anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Daus Eli kongsi kisah privasi dalam MV 'Takdir Kita' - “Jalan cerita sebenar dari awal perkahwinan hingga bercerai”

ARTIKEL BERKAITAN: Daus (AF8) beri penjelasan cerai isteri dalam pantang

Malah kata Daus, Syaza turut memberinya lebih banyak ruang bersama anak-anak mereka termasuk membawa mereka pulang ke Sarawak.

“Alhamdulillah setakat ini tidak terputus lagi saya memberi nafkah dan saya insya-Allah komited dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Anak-anak ada dengan saya kadang-kadang dan bekas isteri pun bagi saya bawa mereka jalan-jalan di Sarawak," ujarnya.

Sekarang saya mahu fokus menjadi seorang penyanyi terkenal.

DAUS ELI

PENYANYI

Untuk rekod, Daus dan Syaza melangsungkan perkahwinan pada 7 Jun 2013 namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada 1 Februari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Delysha Senzela, 10, Myesha Sehrish, 8 dan Ayesha Sheraz, 5 tahun.

Sementara itu, bekas peserta program Akademi Fantasia 8 (AF8) ini memberitahu dengan single terbaharunya dia berazam untuk kembali merancakkan kembali karier seninya.

d4

Daus selesa fokus pada kerjaya.

Malah Daus memberitahu impiannya kini bukan sahaja ingin terkenal di negara sendiri tetapi di peringkat antarabangsa.

“Sekarang saya mahu fokus menjadi seorang penyanyi terkenal yang boleh menempah nama bukan setakat di Malaysia, tapi di Indonesia dan Brunei.

“Selepas itu, baru saya fikir soal mencari pasangan,” katanya.

d1

Daus harap lagu baharu diterima ramai.

‘Terukir’ merupakan single kelima dan pertama kolaborasi bersama Alternate Record and Talents.

Lagu ciptaan bersama Syed Asyraf itu merupakan karya menggabungkan elemen cinta sejati, keikhlasan dan kerohanian.

Daus sebelum ini juga pernah dikenali menerusi lagu-lagu seperti Kenapa? (2010), Akhir Waktu (2011), 1,000 Rasa Cinta (2017) dan Takdir Kita (2020).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain