suria

[V] Pengorbanan ibu tiada tandingan, kini masa Ning Baizura balas semua jasanya

PENYANYI Ning Baizura tidak akan dapat membalas semua jasa ibunya iaitu Satilah Abdullah yang pernah menguruskan kariernya pada awal 1990-an.

Ning atau Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, berkata, Satilah juga sanggup meninggalkan kerjaya sebagai guru semata-mata mahu memastikan semua urusan kariernya berjalan lancar.

“Ibu mengambil keputusan bersara lebih awal pada 1993 semata-mata mahu sentiasa berada di samping saya sewaktu saya mula-mula bergelar penyanyi.

Ning mahu terus berbakti kepada ibu.

Ning mahu terus berbakti kepada ibu.

“Itu adalah pengorbanan terbesar ibu sebab dia memang berjiwa seorang pendidik tapi sanggup meninggakan apa dicintainya demi saya,” katanya kepada mStar.

Ning berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Ning bersyukur dengan segala susah payah dan pengorbanan dilakukan Satilah sepanjang kariernya selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry antara 14 peserta bersaing di pentas GV11

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry antara 14 peserta bersaing di pentas GV11

Malah kata Ning, sekarang adalah masanya dia membalas semua jasa dengan memberi perhatian dan menjaganya dengan baik.

“Alhamdulillah, nikmat apabila ibu menguruskan karier saya ketika itu malah dia tak berfikir dua kali untuk berhenti kerja.

“Selama ini dia sudah menjaga saya dengan baik dan sekarang giliran saya berbakti kepadanya apatah lagi sekarang ibu saya kurang sihat.

Ibu mengambil keputusan bersara lebih awal pada 1993 semata-mata mahu sentiasa berada di samping saya.

NING BAIZURA

PENYANYI

“Saya percaya kalau kita menjaga ibu, insya-Allah rezeki tidak akan putus," ujarnya.

Berbicara tentang persembahan di minggu kedua GV11, lagu Dugaanku yang dipersembahkan ditujukan khas buat ibunya sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-81 pada Ahad.

Ning juga meluahkan rasa terharu apabila penonton di auditorium sama-sama menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat Satilah.

Persembahan lagu Dugaanku didedikasikan buat ibu tercinta.

Persembahan lagu Dugaanku didedikasikan buat ibu tercinta.

"Ibu saya gembira apabila semua penonton menyanyikan lagu hari lahir buat ibu. Dia ucapkan terima kasih kepada semua.

"Ini merupakan sebuah momen yang membanggakan kerana pada usia 81 tahun dia masih dapat datang menyaksikan persembahan saya.

“Walaupun tidak dapat lagi berada di belakang pentas bersama saya tetapi bila dapat duduk di kerusi penonton sudah membuatkan ibu rasa gembira," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain