suria

Pengikut TikTok cecah 600 ribu, Datuk Red minta tegur kalau lalai

Adnan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadapnya.

TIDAK lupa diri mula menjadi perhatian di media sosial, usahawan Datuk Seri Adnan Abu meluahkan rasa syukur apabila pengikutnya di TikTok sudah mencecah 600,000.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, berkata, dia berharap pengikutnya di laman sosial berkenaan akan menegur jika dia melakuka kesilapan atau mula lalai.

"Tak terucap dengan kata-kata. Saya tahu tanpa anda saya tidak akan berada di sini dengan 600,000 pengikut.

"Jika saya lalai, tegurlah. Perjalanan saya masih jauh. Hanya Allah yang tentukan. Saya tidak akan berhenti berusaha," katanya.

red1 - 1

Adnan berusaha gigih berniaga di TikTok untuk mencari rezeki.

Adnan berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, bekas suami penyanyi Adira Suhaimi ini tidak menyangka usahanya kembali bangkit selepas berdepan pelbagai masalah peribadi mendapat sokongan ramai.

Adnan berkata, apa dilakukan ketika ini juga adalah sebagai menebus kembali kesilapan lama selain ingin menjadi contoh buat anak-anaknya agar tidak menjadi sepertinya.

"Saya hanya seorang bapa yang banyak masalah. Hadir dengan semangat untuk menebus kesilapan lama dan menyara anak-anak agar mreeka tidak jadi seperti bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Singa tak sempat mengaum datang ikan paus” - Datuk Red enggan bergantung ‘gift’ TikTok, malu anak-anak tengok macam peminta sedekah

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red lantik peguam, minta tempoh 5 tahun selesaikan hutang RM7 juta

"Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang mengikuti dan menyokong saya sejak saya menggunakan Tiktok April lalu sehingga sekarang.

"Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian," katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, Adira turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Adnan yang tidak jemu berusaha bangkit semula daripada kegagalan.

Jika saya lalai, tegurlah. Perjalanan saya masih jauh. Hanya Allah yang tentukan.

DATUK RED

USAHAWAN

"Tahniah Abang Red (panggilan Adnan)," tulisnya.

Pada 26 Mac lalu, menerusi temu bual eksklusif bersama mStar, Adnan mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lepas.

Sejak itu, Adira yang ketika itu merupakan isteri keduanya terpaksa menanggung kehidupan keluarga.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila Adira dan Adnan bercerai talak satu 24 April 2024 atas alasan tiada lagi persefahaman.

red2 - 1

Adnan dan Adira bercerai pada 24 April lalu.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Adnan dan isteri pertamanya iaitu Syarifah Nur Shafila Hassim, 38, juga bercerai pada 14 Mei 2024.

Hasil perkahwinan Adnan dan Shafila mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Manakala dengan Adira mereka mempunyai empat orang cahaya mata.

Adnan juga pernah berkahwin Ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain