suria

Amyra Rosli keguguran, alami ‘chemical pregnancy’

Amyra dipercayai mengalami keguguran akibat mengalami kehamilan kimia.

IMPIAN pelakon Amyra Rosli menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran baru-baru ini.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 33, bagaimanapun reda menerima perkhabaran tersebut dan menganggap bukan rezeki menimang anak dalam masa terdekat.

Malah Amyra memberitahu dia tetap merasai nikmat kehadiran janin berkenaan di dalam perutnya walaupun hanya sementara.

Copy of Untitled - 2024-12-02T134703.846

Amyra berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Awak singgah sekejap saja dalam perut mommy selepas itu awak pergi.

"Comel la awak ini. Tak ada rezeki," katanya.

Amyra berkongsi berita duka itu menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli tak sekat kebebasan Amar Baharin, tapi ada syarat kena patuhi

ARTIKEL BERKAITAN: Dua anak Amyra Rosli kena jangkitan HFMD, minta ibu bapa peka simptomnya tapi jangan mudah panik

Tidak mahu bersedih terlalu lama, Amyra sebaliknya memberitahu mahu terus kembali berkerja seperti biasa.

"Tak apa, kita fokus shooting dulu!," ujarnya.

Menerusi tanda pagar dalam hantaran tersebut, isteri aktor Amar Baharin itu dipercayai mengalami keguguran akibat kehamilan kimia atau chemical pregnancy.

Copy of Untitled - 2024-12-02T134714.644

Amyra mendirikan rumah tangga bersama Amar pada 2016.

Chemical pregnancy adalah kehilangan kehamilan awal yang berlaku sejurus selepas implantasi atau sebelum ultrasound dapat mengesan janin.

Kehamilan ini boleh menyumbang 50 hingga 75 peratus keguguran.

Untuk rekod, Amyra dan Amar melangsungkan perkahwinan pada November 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 7 dan Ayra Aryssa yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain