suria

Hadiah RM1 juta sasaran Alina Hassan, muncul peserta paling senior dalam Top 100 ‘One In A Million’

Alina dipilih sebagai salah seorang daripada 100 peserta OIAM 2024.

PENYANYI Alina Hassan lolos sebagai salah seorang daripada 100 peserta rancangan One In A Million (OIAM) edisi 2024.

Malah Alina, 56, yang pernah menjuarai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1996 turut menjadi peserta paling senior dalam kelompok berkenaan.

Alina berkata, dia tidak menyangka terpilih ke peringkat seterusnya kerana hanya mencuba nasib kerana habuan buat juara cukup lumayan.

“Rasa bertuah dan tidak sangka, bila tengok sesi uji bakat ramai yang hebat-hebat serta mereka masih muda nak dibandingkan dengan saya yang dah warga emas.

alina1 - 1

OIAM 2024 bakal bersiaran pada 22 Disember ini.

“Satu saya pergi sudah tentu kerana habuannya, kedua pula sebab anak-anak beri sokongan dan saya nak cabar diri sejauh mana saya mampu bersaing dalam OIAM,” katanya kepada mStar.

Alina berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan barisan 100 peserta OIAM di Jio Space, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Bercerita lanjut, Alina mengakui dia berharap untuk meloloskan diri sebagai 12 peserta teratas selepas ini.

Tambah Alina, dia juga sudah bersedia dengan segala cabaran program itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Reda pelbagai ujian hidup, Alina Hassan enggan kembali ke dunia glamour - “Kena risau bila Allah tak uji kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Alina Hassan tak goyang kaki walau dapat bantuan zakat, tetap guna bakat cari duit di Facebook live - “Nak busking tapi tak dibenarkan lagi”

“Memang saya berharap terpilih jadi salah seorang daripada 12 peserta terpilih selepas ini.

“Sudah sampai Top 100 takkan nak balik, tapi itu semua rezeki dan saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

“Harapan saya semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan saya dah bersedia dengan segala cabaran selepas ini termasuk nak kena menari,” jelasnya.

OIAM kali ini menampilkan Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan sebagai juri tetap.

1306381

Alina menjadi peserta paling senior dalam OIAM 2024.

Manakala program itu nanti akan dikendalikan pengacara Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy.

Juara OIAM 2024 akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, sebuah kereta Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman yang kesemuanya berjumlah RM1 juta.

Program itu akan berlangsung menerusi siaran TV3 bermula 22 Disember ini sehingga 9 Februari 2025.

Selain Alina, antara artis yang turut berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 100 ialah Firman Basir, Zaki Yamani, Farah Idayu, Allan Anderson dan Shazriq Shah.

Untuk rekod, tiga edisi OIAM sebelum ini menobatkan Suki Low, Ayu Damit dan Tomok sebagai juara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain