HAMPIR 40 tahun bergelumang dalam bidang seni, penyanyi Liza Aziz tidak pernah berkecil hati atau berputus asa meskipun kehadirannya dalam industri hiburan dikatakan kurang menyerlah. Kata Liza atau Norliza Abdul Aziz, 61, perkara itu mungkin disebabkan peminat lebih memandang rupa paras berbanding bakat pada seorang penghibur. Liza bagaimanapun tidak menjadikan perkara itu sebagai pematah semangat untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian. Liza mengakui segelintir peminat masih memandang paras rupa berbanding bakat. "Saya tak nafikan peminat dari dulu memang memandang paras rupa penyanyi sebagai keutamaan. "Bakat itu nombor dua, tetapi tidak mengapa saya gembira kerana berjaya menghasilkan dua buah album. "Saya tidak pernah rasa berputus asa walaupun kurang diterima peminat kerana menyanyi adalah minat saya. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih lagi menyanyi," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry antara 14 peserta bersaing di pentas GV11 ARTIKEL BERKAITAN: Arrora Salwa sanggup ambil cuti tanpa gaji selama 4 bulan demi GV11, peluang kembali menyinar sebagai penyanyi Dalam pada itu, Liza memberitahu dia tidak kisah sekiranya digelar sebagai penyanyi kurang menyerlah atau 'underrated' kerana yakin dengan kekuatan vokal dimiliki. "Isu underated itu biasa, dulu peminat pun memandang rupa, bakat itu diketepikan. Bagi saya tak kisahlah gelaran underated atau tidak tetapi orang tetap kenal suara saya. Saya tidak pernah rasa berputus asa walaupun kurang diterima peminat. LIZA AZIZ PENYANYI "Daripada lagu iklan, penyanyi latar, semua artis Malaysia saya pernah menjadi penyanyi latar. Pada saya tidak menjadi masalah," ujarnya. Pembabitan di program realiti Gegar Vaganza musim ke-11 membuka mata ramai peminat yang mula menghargai bakat dimiliki oleh penyanyi veteran ini. Kongsi Liza, dia sangat terharu dengan sokongan diterima dan berjanji akan berusaha mengekalkan stamina bagi memberikan persembahan terbaik setiap minggu. Liza menghargai setiap sokongan yang diberikan peminat. "Tetapi saya bangga sekarang orang lebih mengenali bakat saya, lebih-lebih lagi di usia yang semakin meningkat. Alhamdulillah. Saya terharu dengan penerimaan dan sokongan peminat. "Saya perlu bekerja keras terutamanya daripada segi stamina. Walaupun di usia begini, saya masih lagi melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan seperti berjoging dan masih bersenam. "Bukan kerana untuk menjaga badan tetapi rutin itu bagi memastikan mendapat teknik pernafasan yang betul sewaktu menyanyi," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube