PELAKON Zara Zya kesal apabila timbul dakwaan kononnya dia sudah pun melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan di Thailand. Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak benar malah mencalarkan nama baiknya sebagai seorang selebriti. “Saya kecewa dan kesal apabila tuduhan seperti ini semakin berleluasa. Ia sangatlah tidak berasas, dan memang tak betul. Zara meluhkan kekesalan menerusi hantaran di laman Threads pada Isnin. “Bagi saya ia agak mengaibkan. Saya tak pernah bernikah sorok-sorok di Thailand,” katanya ketika dihubungi mStar. Sebelum itu, Zara meluahkan rasa bengang apabila wujud khabar angin mengatakan dirinya sudah pun berkahwin secara senyap di negara jiran menerusi hantaran di laman Threads pada Isnin. Sementara itu, Zara juga tidak mengetahui munculnya fitnah berkenaan dan hanya dimaklumkan oleh kenalan rapat. ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya dituduh cuba rampas suami orang, anggap individu tabur fitnah tak sihat ARTIKEL BERKAITAN: Individu dapat ilham 2 ‘barang’ punca gangguan mistik, Zara Zya minta henti buat andaian elak timbul fitnah Lebih mengejutkan apabila ada pihak mendakwa memiliki sijil nikah sebagai bukti mengesahkan pernikahannya itu. “Saya tak kenal siapa yang mulakan khabar angin itu tetapi ia disampaikan sendiri oleh orang-orang terdekat saya. Saya biarkan sahaja ia berlalu. “Namun perkara ini semakin serius selepas individu berkenaan mendakwa kononnya memiliki bukti sijil nikah kami di Thailand,” jelasnya. Zara mengakui emosinya terganggu kerana masalah Mengakui dirinya sering menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab, Zara berkata perkara itu sedikit sebanyak menganggu emosinya. Justeru itu, dia bersedia untuk menyelesaikan isu tersebut secara bersemuka dengan pihak berkenaan secepat mungkin. “Saya jadi agak stres sebab perkara ini macam menekan fikiran saya sebenarnya. Kenapa perkara ini tak habis dan semakin lama semakin melampau? “Untuk saman itu tidaklah, tetapi saya nak bersemuka dengan individu tersebut dan tanya sendiri apa motif dia berbuat sebegitu. Saya nak nama saya kembali bersih,” kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!