PELAKON Anzalna Nasir menyeru golongan wanita supaya tidak berdiam diri jika menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Tampil memberikan kata-kata semangat, Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, meminta mangsa untuk berani bangkit dan melawan perasaan takut untuk bersuara. "Kita sebagai wanita tidak boleh sesekali biarkan suami naik tangan. Anzalna berkongsi perkara itu menerusi instaStory pada Selasa. "Kepada semua wanita di luar sana, jangan takut untuk bersuara!" tulisnya menerusi Instastory pada Selasa. Dalam pada itu, Anzalna berpendapat mempertahankan perkahwinan bukanlah alasan untuk membiarkan diri terus dizalimi. Ini kerana maruah dan keselamatan jauh lebih penting daripada mempertahankan hubungan yang sudah rosak. ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Nasir tak percaya pembantu rumah, jaga sendiri anak-anak sejak mereka lahir - “Terlepas ‘job’ beratus ribu pun tidak mengapa” ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga, mata lebam dipukul "Betul penceraian itu memang menakutkan dan menyakitkan. "Tetapi, membiarkan diri dipukul sehingga kecederaan serius adalah lebih teruk. "Lelaki sejati tidak akan menaikkan tangan ke wanita!" ujarnya. Sebelum ini, media melaporkan mengenai seorang pelakon mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!