PELAKON Datin Lisa Surihani menyokong tindakan Zahnita Wilson membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Mengganggap tindakan itu satu keputusan tepat, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 38, bersyukur Zahnita tidak berdiam diri dan mempunyai keberanian menyuarakan situasi yang dihadapi di media sosial. "Saya bersyukur anda berjaya keluar daripada rumah itu dan awak melakukan perkara yang betul dengan buat laporan polis. Lisa menulis perkara itu menerusi komen di hantaran Zahnita di Instagram. "Jangan berasa bersalah sekiranya awak terpaksa menyuarakan perkara itu di media sosial. "Membuat langkah itu sahaja sudah cukup menakutkan," katanya menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu Zahnita di Instagram. Dalam pada itu, Lisa turut meluahkan rasa kesal apabila isu melibatkan keganasan rumah tangga ini mengambil masa yang lama untuk ditangani sehingga mangsa terpaksa hidup dalam ketakutan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita direman 3 hari bantu siasatan kes keganasan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita ditahan polis, permohonan reman dibuat pagi Selasa Dalam komen berkenaan juga Lisa menitipkan doa agar Zahnita terus cekal dan berada dalam keadaan selamat. "Tiada kata yang boleh menggambarkan kemarahan, kekecewaan terhadap bagaimana sistem sepatutnya bertindak lebih pantas menangani isu ini. "Semoga awak dapat jauhkan diri dan dilindungi dari bahaya dan sembuhkan awak daripada trauma," ujarnya. Susulan laporan dibuat, Abdul Zachery kini berada di dalam tahanan reman pihak polis. Pada Isnin lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam. Menerusi temu bual mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik tentang punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suaminya itu Abdul Zackery Ghouse. Susulan penahanan itu, Abdul Zachery direman tiga hari bermula Selasa hingga Khamis bagi membantu siasatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!