PELAKON Tya Arifin dan suami Asyraf Jiwa memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin, 30, meluahkan rasa syukur selain berharap segala urusan dipermudahkan sehingga hari kelahiran anaknya itu. "Alhamdulillah Masya-Allah. Doakan semua semoga dipermudahkan dilancarkan dan penting sihat nantinya. Insya-Allah," tulisnya. Tya dan suami teruja timang anak perempuan lagi. Khabar gembira itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan sekitar acara gender reveal bersama suami dan anak-anak. Menerusi video tersebut, Tya dan suami mencedok sebiji kek berwarna merah jambu sebagai simbolik pengumuman jantina anak mereka. Namun reaksi dan raut wajah anak keduanya iaitu Azzahara Jiwa dilihat seakan kecewa kerana bakal menerima adik perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Pegang surat khabar bertulis ‘baby is on the way’... Tya Ariffin dan suami bakal timang anak ketiga ARTIKEL BERKAITAN: Tya Ariffin dedah keguguran Januari lalu, tak sedar hamil ketika bercuti di Turkiye "Ara tolong kawal muka awak okay," tulisnya lagi. Pada 21 Ogos lalu Tya bersama Asyraf berkongsi berita gembira bakal menyambut cahaya mata ketiga dalam satu video kreatif di laman sosial. Sebelum itu, Tya juga pernah berkongsi kisah duka apabila mengalami keguguran pada awal tahun ini. Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!