MEMEGANG status 'Malaysia God Father of Stand Up Comedy' menjadikan jenama Harith Iskander terus kukuh malah tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pelawak lain. Harith atau Harith Iskander Musa, 58, berkata perjalanan yang dilaluinya tidak mudah apatah lagi populariti yang dikecapi merupakan hasil usahanya sendiri tanpa bantuan sosial media. "Tiada siapa boleh jadi seperti saya kerana saya adalah satu-satunya sebelum adanya pelawak stand-up comedy lain. Harith perjalanannya membina nama sebagai pelawak tidak mudah. "Populariti silih berganti tetapi perjalanan tidak sama. Sebagai perumpamaan, zaman dahulu kita semua tahu penyanyi paling terkenal melalui radio, TV, album dan kaset. "Sekarang, kita tak akan jumpa penyanyi yang terkenal kerana setiap orang kenal penyanyi berbeza berdasarkan algoritma (media sosial) mereka," katanya kepada mStar. Harith berkongsi perkara itu ketika sidang media acara DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas pada Isnin. Dalam pada itu, Harith mengakui populariti sepantas kilat yang diraih pelawak muda menjadikan segelintir daripada mereka tidak cakna mengenai batasan ketika menyampaikan lawak. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dapat hak penjagaan penuh anak-anak, Dr Jezamine masih urus karier Harith Iskander ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah tiada persefahaman, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu Malah ada yang sekadar hebat di liga sendiri namun apabila tampil membuat persembahan secara langsung, rata-rata mereka gagal menghiburkan peminat. "Saya bermula dengan persembahan kecil dan korporat. Dari situ kami belajar batasan dan etika melawak, berbeza dengan pelawak sekarang main cakap lepas. "Hanya dengan klip pendek 10 saat hingga ke satu minit, orang boleh raih populariti dan jutaan tontonan. Tapi mereka tak tahu kawal perkara itu. "Saya sudah tengok ramai pelawak kelahiran YouTube yang 'hancur' apabila buat persembahan secara langsung," jelasnya. Populariti silih berganti tetapi perjalanan tidak sama. HARITH ISKANDER PELAWAK Tidak memukul rata semua pelawak, Harith bagaimanapun menghargai kemunculan generasi baharu berbakat besar serta mengetengahkan keunikan di pentas komedi. “Saya gunakan Mad Sabah sebagai contoh. Dia pasti akan menjadi satu-satunya Mad Sabah. Tiada akan ada yang menggantinya kecuali datang pelawak perkampungan kecil asal Sarawak pula,” kongsinya. Dalam perkembangan lain, Harith bakal tampil menghiburkan peminat menerusi acara DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 25 Januari tahun depan. Bercerita mengenai persediaan, Harith memberitahu dia bakal menampilkan kelainan dengan mengetengahkan elemen komedi dan muzikal dalam persembahan tersebut. "Saya merancang untuk gabungkan muzik dalam persembahan dengan membawa gitar ke atas pentas. Saya konsep itu sesuai memandangkan saya berada di pentas DFP. Harith bakal menghiburkan peminat di acara DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter. "Melakukan stand-up comedy bersendirian tidak mudah jadi saya rasa itu adalah idea yang baik untuk tarik perhatian penonton melihat saya selama satu jam setengah," katanya. Menjanjikan persembahan terbaik, Harith bersedia memperkenalkan bahan jenaka baru dan segar daripada pengalaman peribadi mahupun kerjaya seninya selama 35 tahun. Tiket acara DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter sudah pun mula dijual di laman web DFP. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!