suria

Tercalon FFM33 bukti Elizabeth Tan serius berlakon, hadiah bermakna sepanjang bergelar anak seni

Elizabeth mengaggap pecalonan berkenaan sebagai hadia yang cukup bermakna sepanjang bergelar anak seni.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itu ungkapan dapat diberikan kepada penyanyi Elizabeth Tan apabila berjaya tercalon dalam Top 5 kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).

Elizabeth atau Tan Su Mei, 31, tidak menyangka watak antagonis dibawa menerusi filem Sheriff memberikan impak besar dalam kerjaya seninya.

Copy of Untitled - 2024-12-04T164238.251

Elizabeth berbesar hati diberi penghormatan dan pengiktirafan.

"Saya tak sangka watak antagonis yang saya lakonkan dalam Sheriff akan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan juri.

"Sebagai pelakon, saya selalu ingin mencabar diri untuk keluar dari zon selesa dan watak ini memberi saya peluang untuk berbuat demikian," katanya.

Dalam pada itu, Elizabeth menyifatkan percalonan berkenaan sebagai hadiah cukup bermakna buatnya sepanjang bergelar anak seni.

Jelasnya, dia bersyukur akhirnya bakat dan kemampuannya dalam bidang lakonan tidak lagi dipandang sepi malah turut diiktiraf ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tercalon Top 5 Pengarah Terbaik FFM33, Sabri Yunus luah syukur tapi anggap diri masih baharu

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Imaginur’ dan ‘Abang Adik’ ungguli senarai pencalonan Festival Filem Malaysia ke-33

"Jujurnya pencalonan ini sangat bermakna bagi saya kerana ia tanda industri mengiktiraf saya sebagai seorang pelakon dan menjadi impian saya selama ini.

"Ramai orang masih melihat saya sebagai seorang penyanyi dan menganggap lakonan ini sekadar suka-suka tetapi pencalonan ini adalah satu pengiktirafan," ujarnya.

Terharu dengan pencapaian diterima, Elizabeth mengakui bangga apabila dapat bersaing dengan nama-nama besar dalam industri filem.

Copy of Untitled - 2024-12-04T164223.522

Eliabeth bersyukur tecalon disamping nama-nama hebat lain.

"Saya sangat kagum dengan pelakon lain dalam kategori ini. Semuanya hebat-hebat belaka dan berada dalam kalangan mereka adalah sesuatu yang saya hargai," jelasnya.

Selain Elizabeth, nama lain yang tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik ialah Angeline Tan (Duan Nago Bogho), Nadiya Nisaa (Imaginur), Pauline Tan (Rain Town) dan Remon Lim (Victims).

Malam kemuncak Anugerah FFM33 akan berlangsung di Auditorium Ser Angkasa, Radio Televisyen Malaysia, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 7 Disember ini.

Acara berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain