suria

Lan Zailan hidap kanser pankreas tahap 4, sel barah sudah merebak ke hati dan paru-paru

Lan mula dirawat di hospital apabila keadaanya semakin lemah.

HAMPIR seminggu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur, pelakon Lan Zailan disahkan menghidap kanser pankres tahap empat.

Khabar itu dikongsikan oleh isterinya Ruby Sara Omar, 51, menerusi mesej di aplikasi WhatsApp yang turut memaklumkan barah berkenaan sudah merebak ke bahahian organ dalaman lain.

Lebih menyedihkan, Ruby memaklumkan jangka hayat pelakon berkenaan dijangka dapat bertahan selama tiga bulan.

lan 1

Lan masih lagi dirawat di PPUM.

“Doktor sudah sahkan Lan menghidap kanser pankres tahap empat.

“Menurut doktor jangka hayat tiga bulan sahaja tapi itu kata doktor.

"Sebab kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan," katanya.

Kenalan rapat kepada pelakon berkenaan yang dikenali sebagai Ika turut mengesahkan mengenai paparan skrin perbualan tersebut ketika dihubungi mStar pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Batuk berpanjangan dan berat badan turun mendadak, Lan Zailan dimasukkan ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Jual kereta bukan sebab tiada ‘job’, Lan Zailan nak beli MPV... Bengang netizen tuduh anak tak ambil peduli

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Ruby memaklumkan Lan dimasukkan PPUM akibat masalah batuk berpanjangan.

Isterinya memberitahu keadaan Lan tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali di bawa ke klinik sejak Oktober lalu.

Malah Lan semakin lemah selain berat badan turun mendadak sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Ruby berhubung keadaan terkini Lan belum berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain