GARA-GARA tidak membuat laporan polis susulan insiden tong gas meletup ketika menginap di sebuah homestay, penyanyi Syura Badron dianggap menunjukkan sikap baik tidak bertempat. Menjawab perkara itu, Syura atau Zuraidah Badron, 38, menjelaskan keputusan tersebut dibuat oleh suaminya sendiri iaitu kerana reda dengan kemalangan menimpanya. "Bila disentuh katanya saya terpaling baik, sampai tidak terfikir keadaan suami saya anggap ia melampau. Syura tampil membela diri selepas dikecam netizen. "Sebelum buat apa-apa keputusan saya akan tanya suami dahulu bukannya saya pandai-pandai. "Saya tanya suami nak ambil tindakan atau tidak pada pemilik homestay tapi suami saya kata tidak mengapa sebab dia sudah reda," katanya. Syura berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada petang Rabu selepas mendapat kecaman netizen. Jelas Syura, pemilik tempat penginapan tersebut sudah pun meminta maaf selain kesal dengan kejadian menimpa Farizat. ARTIKEL BERKAITAN: Syura tak sanggup tengok kulit suami disiat, imbau kejadian cemas letupan gas - “Sepatutnya saya yang kena” ARTIKEL BERKAITAN: Suami Syura melecur teruk akibat letupan tong gas, mohon doa diberikan kesembuhan Malah kejadian tersebut adalah kemalangan yang tidak dapat dielakkan. "Tidak adil untuk kami menuding jari kepada pemilik semata-mata. Saya pun nampak usaha pemilik tunggu suami saya di wad kecemasan sehingga keluar dan datang ke Hospital Alor Setar untuk meminta maaf. "Apa yang berlaku ini kemalangan dan bukan sesuatu yang disengajakan. Musibah Allah nak beri dekat mana-mana sahaja," ujarnya. Kalau tiada benda baik untuk dicakap lebih baik diam. SYURA BADRON PENYANYI Dalam pada itu, Syura juga berharap orang ramai mengambil pengajaran daripada kejadian menimpa mereka dan berhenti mengecam. "Disebabkan perkara ini berlaku kita semua dapat ilmu baru tentang keselamatan terutama suri rumah yang selalu masak dekat dapur. "Banyak hikmah saya dapat daripada ujian kami terima ini. Kalau tiada benda baik untuk dicakap lebih baik diam, saya rasa memdoakan itu lebih baik," luahnya. Pada 25 November lalu, Syura memaklumkan Farizat ditahan di hospital kerana melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis. Keadaan suami Syura ketika dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Untuk rekod, Syura bertemu jodoh dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia setahun. Syura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun mereka berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15,dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!