KECOH di media sosial apabila penyanyi Datuk Nora Ariffin mendakwa dia pernah diburukkan oleh individu iaitu di pihak keluarga suaminya sehingga digelarkan dengan panggilan tidak senonoh. Menerusi komen dalam sebuah hantaran di Facebook, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, reda dengan hati terbuka menerima kata-kata cacian dilemparkan terhadapnya. "Alhamdulillah, syukur diatas gelaran b*t*h atau s*n*al yang diberikan oleh keluarga Ustaz (suami) kepada saya. "Saya dan anak-anak akur dan terima dengan hati yang tabah. Ujian untuk kami," katanya menerusi hantaran komen di Facebook yang dikongsi individu dikenali sebagai Aya di laman X miliknya. Individu yang mendakwa dirinya anak tiri kepada Nora berkongsi perkara itu di laman X. Susulan dakwaan Nora itu, seorang individu tampil menepis tuduhan tersebut dan menegaskan keluarganya tidak pernah memanggil penyanyi tersebut dengan gelaran sedemikian. Malah individu itu turut mengugut untuk menyebarkan bukti perlakuan buruk Nora sekiranya penyanyi itu masih berterusan memburukkan keluarganya di media sosial. "Di mana dan bila kami ada gelar awak seperti itu? Kenapa tiba-tiba nak libatkan kami, apa yang kami buat? "Jangan bagi saya mula apa yang awak buat pada kami. Saya ada bukti rakaman suara dan tangkap layar. ARTIKEL BERKAITAN: Selesai urusan rujuk di mahkamah, Nora Ariffin syukur kembali jadi isteri yang sah ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin kongsi foto bercuti bersama suami, peminat doa kebahagiaan berkekalan selepas kembali rujuk "Awak masih tak mahu senyap walaupun kami berdiam," tulisnya di laman X. Tidak terhenti di situ, Nora kemudiannya memuat naik foto bersama seorang peguam dengan kapsyen seolah-olah memberi gambaran dia bakal mengambil tindakan tertentu namun tidak dinyatakan secara jelas. "Berjumpa dengan peguam saya hari ini, standby," tulis menerusi kapsyen. Ketika dihubungi mStar, Nora tidak mengesahkan perkara tersebut namun memaklumkan pertemuannya dengan peguam berkenaan adalah untuk mendapatkan perlindungan terhadap ancaman pihak yang cuba mecalarkan nama baiknya. Niat untuk 'tarnish' nama baik dan reputasi seseorang adalah perkara serius. DATUK NORA ARIFFIN PENYANYI Malah Nora turut menjelaskan dia enggan mengambil pusing komen-komen berniat jahat atas nasihat suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli. "Kita semua ada hak yang perlu dihormati dan dengan adanya peguam, kita dapat lebih memahami hak kita serta langkah-langkah boleh diambil untuk perlindungan. "Niat untuk 'tarnish' nama baik dan reputasi seseorang adalah perkara serius dan perlu dielakkan bagi menjaga keharmonian dan rasa hormat sesama kita. "Suami saya berpesan untuk tidak melayan benda-benda atau komen-komen yang ada berniat tidak baik, memburukkan nama saya," jelasnya. Nora tidak mengesahkan pertemuan bersama peguam ada kaitan dengan kenyataan individu terbabit. Pada 12 Ogos lalu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat. Penyanyi Desa Tercinta ini memaklumkan lafaz talak tersebut diucapkan bukanlah atas kehendak suaminya sebaliknya mengikut arahan seseorang. Pasangan itu bagaimanapun dilaporkan kembali rujuk selepas sebulan bercerai. Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021. Nora pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata sebelum komposer itu meninggal dunia akibat serangn jantung pada 24 Mac 2017. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!