suria

Sheila Majid pula jadi mangsa scammer, minta pihak berkuasa ambil tindakan

Sheila menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut sebagai melampaui batas.

PENYANYI Datuk Sheila Majid kesal apabila wajah dan namanya disunting pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penyebaran berita palsu di media sosial.

Mengucap panjang saat melihat gambar berkenaan, Sheila, 59, menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampaui batas.

"Astaghafirullah...ini jahat. Dah makin melampau!," ketanya menerusi hantaran di Instagram pada malam Selasa.

Copy of Untitled - 2024-12-04T121301.832

Sheila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada malam Selasa.

Sheila turut memuat naik tangkap layar memaparkan laporan kononnya disiarkan portal The Star dia diiringi pihak berkuasa.

Paparan wajah Sheila turut berserta dengan tajuk 'Police arrested Sheila Majid After Her Speech On Economic Opportunities For The People' bagi mengelirukan pembaca.

Mempersoalkan tujuan berita palsu tersebut disebarkan, Sheila turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan secepat mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto sedang bergari tular, Alif Satar mohon peminat tak terpedaya berita palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Guna suara AI perdaya mangsa, Siti Nurhaliza tak pernah tawar hadiah wang tunai

"Apa matlamat dia? Cuba beritahu? Boleh ke pihak berkuasa tangkap scammer ini?," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar tindakan tersebut yang dianggap sebagai biadab.

Sheila bukan selebriti pertama menjadi sasaran malah sebelum ini beberapa nama besar lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Alif Satar turut menjadi mangsa dengan modus operandi sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain