PELAKON Zarina Zainuddin berkongsi khabar duka ibunya iaitu Zahura Abdul Mutalib meninggal dunia pada pagi Rabu. Zarina, 54, memberitahu kali terkahir dia menghubungi Allahyarham pada pukul 2.30 pagi selepas pulang dari lokasi pengambaran. "Mak saya Zahura binti Abdul Mutalib baru saja meninggal dunia selepas subuh pagi ini. Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Kali terakhir saya bermesej dengan mak saya malam tadi waktu saya balik dari shooting jam 2.30 pagi. Alfatihah," katanya Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang memaparkan keadaan ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir di Instagram. Jenazah akan diuruskan dan dikebumikan di Ipoh, Perak. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa MK meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Zarina Zainuddin meninggal dunia Dalam pada itu, Zarina turut memohon orang ramai mendoakan Allahyarham agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. "Tolong doakan mak saya semuga arwah ditempahkan dikalangan orang orang yang soleh dan beriman," ujarnya. Zarina bagaimanapun tidak mendedahkan punca pemergian Allahyarham. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!