SEBELUM pemergian ibu tercinta pada pagi Rabu, pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan hubungan dengan Allahyarham sedikit renggang akibat berkecil hati. Hubungan mereka bagaimanapun kembali bertaut apabila Zarina, 54, meminta maaf kepada ibunya selepas mendapat nasihat daripada suaminya. "Lama juga saya tak bercakap dengan mak saya gara-gara berkecil hati dengan dia. Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Suami saya kata jangan keraskan hati dengan mak, macam mana sekalipun dia tetap mak saya. "Suami kata dia sudah tiada ibu, tak macam saya. Terus saya mesej mak minta maaf padanya," katanya. Zarina meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Sempat bermesej sebelum dapat khabar duka, ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Zarina Zainuddin meninggal dunia Pelakon dan usahawan itu turut berkongsi tangkap layar perbualan mesej dengan ibunya iaitu Zahura Abdul Mutalib sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu. Dalam pada itu, Zarina memberitahu dia sempat bertemu dengan Allayarham minggu lalu ketika dalam perjalanan pulang dari lokasi penggambaran. Jelasnya, dia sempat menjamah juadah masakan ibunya buat kali terakhir ketika singgah menjenguk arwah. Zarina sebelum ini memaklumkan pemergian ibunya pada pagi Rabu. "Saya sempat jumpa arwah minggu lepas masa saya pergi Taiping, balik dari sana saya singgah rumah mak dan dia masakkan sambal telur. "Saya cakap jomlah pergi KL, dia cakap dia tak nak sebab papa pun tak berapa sihat," katanya. Proses pengurusan jenazah dan pengebumian akan dilakukan di Ipoh, Perak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!